7 Aug 2014

DUIT, MARI DATANG SINI :)

Assalamualaikum, semua...

Sihat ke sihat? Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Rabiatul tahu dah lambat untuk ucapkan, tapi nak cakap juga.
:)

Tadi, Rabiatul terbaca status di Fb seorang sahabat ni,
pasal Duit, Wang, Pulus..
dan
sangat menarik untuk diamalkan..

------------------------------

Usah letak duit merata.
Seperti makhluk yang lain, duit juga suka berteman berkumpulan.
Letakkan setempat.
Walaupun 10 sen kutip di lantai dan kumpulkan.
Lagi cantik bekas (tabung) lagi mereka suka.
Susun kepala Sultan sesisi bersama untuk wang ringgit.
Jumlah besar di belakang.
Jumlah kecil di hadapan.
Bila lihat duit dalam purse selalu beritahu - Alhamdulillah syukur nya seronok ada duit duit ini.
Semoga ia beri manfaat hari ini.
Aha dalam purse tak boleh ada resit upah tempah baju, kad merah klinik dan resit dentist anak.
Ada duit sahaja dan pengenalan peribadi iaitu IC license atau kad polis -jika anda polis. Hihi.

Cuba lakukan dan anda akan lihat bezanya setahun akan datang.
Iaitu duit sukakan anda ^____^
Cik Sue dah tukar. 
Anda mahu cuba? 


------------------------------------

Nak!
Jom buat sama-sama
:)

9 Mar 2014

#PrayForMH370

Bismillah...
Assalammualaikum, semua.

Hari ini muncul berita yang mengemparkan, bukan sahaja untuk Malaysia, malah dunia. Pesawat MH370 hilang!

Dan buat pertama kalinya, Rabiatul tengok berita di Astro Awani lebih dari sejam. Dan Rabiatul masih lagi di saluran yang sama saat mula menulis.

Beberapa jam lagi, genaplah 24 jam flight MH370 hilang dari radar.

Dan pada entri ni ditulis pun masih tiada lagi pengumuman rasmi dari pihak MAS tentang kejadian kapal terbang MAS MH370 yang hilang.

Disaat ini, Rabiatul masih berharap yang kesemua mereka - juruterbang, cabin crew dan penumpang terselamat dari musibah ni walaupun orang kata peluangnya senipis kulit bawang atau mungkin juga tiada. Tapi tak salahkan kalau kita terus berharap. Semuanya dalam kuasa Allah. Kalau Dia kata jadi, maka jadilah. Takkan bergerak pun satu zarah atas muka bumi ni tanpa izinNya kan. Be Positive! Tu yang Rabiatul pegang.

Setiap kali ada news tentang MH370, bulu roma mesti meremang. Kalau nak tahu, time tengah meremang tu adalah waktu mustajab untuk berdoa. Tiada lain yang dipohon melainkan keselamatan yang terlibat.

Sayu je rasanya. Apatah lagi ramai yang kononnya PAKAR, memberi pelbagai spekulasi. Dan banyak VOLUNTEER untuk sebarkan sesuatu yang tak pasti. Tak sedarkah anda semua, banyak hati yang terkesan dengan setiap berita itu. Rabiatul yang tidak ada sebarang ikatan dengan orang-orang ada dalam pesawat itu masih mengharapkan mereka semua selamat, walaupun harapan itu sebesar biji sawi. Apatah lagi mereka yang ada kaitan, mestilah pengharapan mereka lebih besar. Cubalah berada dalam situasi mereka sebelum sebarkan berita. Walaupun berita tu benar sekalipun, PLEASE DONT SPREADING UNCONFIRM NEWS. Biarlah pihak yang terlibat yang buka mulut.

Yang paling sadis sekali ialah orang buat berita ni sebagai lawak. Hello! Awak letak otak kat mana ye? Ini bukan bahan lawak tahu! Ini ada kaitan dengan nyawa. Nyawa bukanlah sesuatu yang boleh dibuat gurau.

Dan yang Rabiatul rasa tak boleh blah ialah orang kaitkan insiden kehilangan MH370 ni dengan politik. Ya Allah. Geramnya. Ingat nyawa orang boleh dipolitikkan ke. Dah makin hilang sifat kemanusiaan manusia sekarang ni. Rasa teruk sangat.

Lagi satu. Tuduh menuduh. Orang tu salah. Orang ni salah. Hello! Yang bercakap tu betul sangat ke? Tak ada buat salah? STOP BLAMING OTHER.

Dan tolonglah, janganlah cakap, ORANG TU BANYAK DOSA. Statement ni buat Rabiatul nak cili je orang yang cakap tu. Gaya yang bercakap tu macam dia suci sangat, tak ada dosa langsung.

Okeylah. Stop sampai sini saja. Buat darah mendidih je. Patutnya simpan tenaga untuk terus doa, doa dan doa.

》》》9 pagi nanti ada sidang media pasal MH370 yang hilang ni. Dan macam biasa Rabiatul tengok kat Astro Awani je.《《《

Yang Masih Berharap,
Rabiatul
09.03.2014 00:43

28 Feb 2014

[Throwback Story] Prepared for Winter :)

Bismillah

Assalamualaikum semua. Moga hari ini, awak awak dan awak semua sihat dan bahagia saja. Hari ni, Rabiatul nak mulakan cerita yang tertangguh selama 1 tahun. Lama kan. Nak buat macam mana. Banyak sangat kerja. Hahah, salahkan kerja lak. Padahal, sendiri yang malas.

Okey, sebenarnya Rabiatul tak pergi bersama keluarga saja. Rabiatul pergi bersama kawan-kawan mama dan papa. Ramailah juga. Adalah dalam 55 orang. Kalau tak percaya, boleh tengok gambar kami semua kat Tian An Men dan Great Wall.


Sebenarnya, bukannya Rabiatul rancang sebulan dua je masa nak pergi. Kami rancang dalam 10 bulan sebelum pergi. Semestinyalah guna agensi pelancongan, tapi tak ingat dah agensi apa. 

Kenapa lama sangat rancang?

Tak semua orang mampu nak pergi melancong ke luar negara kan. Apatah lagi, kebanyakannya adalah berkerja dan mempunyai keluarga. Takkan nak melancong, terus habiskan gaji. Betul? Jadi, bila perancangan dibuat seawal mungkin membolehkan kami semua membuat bayaran secara ansuran. Maka, ia tidaklah terlalu membebankan.

Dan kami juga boleh merancang dan membeli barangan yang patut dibawa dan dipakai semasa musim sejuk sedikit demi sedikit.

Dalam masa yang sama, sudah semestinya pihak agensi kena mohonkan visa untuk kami semua. Dan bukannya buat visa hari ini, boleh lulus hari ini juga. Ia juga makan masa. Maka, membuat perancangan awal adalah yang terbaik untuk semua orang.

Okeylah, kita berhenti takat ni dulu.

Entri seterusnya, Rabiatul akan ceritakan barang keperluan yang Rabiatul dan ahli keluarga yang lain bawa untuk menghadapi musim sejuk. Gaya cakap macam nak pergi perang je kan. Hahaha...

Okeylah.

Bye.


27 Feb 2014

Hutang kena Bayar!

Assalamualaikum...

Hahaha...tajuk macam nak baling batu besar kat orang je...

Sebenarnya, nak tulis entri pasal travelling yang tertangguh sejak tahun lepas. Tapi tapi tapi...banyak gila! Dah lah janji nak post kat sini. Nampak sangat tengah berhutang dengan awak, awak dan awak.

InsyaAllah, hutang entri travelling ke Beijing, Krabi, dan Jakarta akan dibuat sebelum hari lahir saya bulan depan. Yay. Hari Lahir saya bulan depan. Dapat apa pula tahun ni ye? Kita tunggu sajalah. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada pun nak buat macam mana kan. Huh! Ayat pasrah gila ni. :)

Oooo...dan entri pasal tengok 100Doraemon dan pergi I-City baru-baru ini. I really had funnnnn at this two places.

Nanti saya upload k.

Out dulu. Nak pergi ambil adik-adik kat rumah pengasuh.

Jumpa lagi.

Smile

7 Jan 2014

We're NOT alone!

Bismillah

Assalamualaikum...

Hari ini genap 7 hari dalam tahun Masihi. Minggu pertama 2014 dah sampai. Jadi, tinggal 51 minggu sahaja lagi yang tinggal. Cepat sungguh masa berlalu.

Hujung minggu ini, seorang sepupu belah mama bakal melangsungkan perkahwinan. Satu lagi masjid dibina. Since she is younger than me, faham-fahamlah apa yang bakal terjadi. Soalan cepumas dari warga tua.

Siapa yang kata dia tak nak kahwin? Semua orang ingin berpasang-pasangan. Rabiatul juga tidak terkecuali. Tapi takkan nak pilih sembrono je kan. Mestilah nak yang terbaik,bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi juga untuk family. InsyaAllah, ada jodoh tu. Cuma dia pun sedang memperbaiki diri menjadi lebih baik sebagaimana Rabiatul sedang berubah menjadi lebih baik. Kan Allah itu Maha Adil. Dia akan bagi pasangan yang serupa dengan kita.

Dan si dia tengah jalan kaki untuk jumpa famili Rabiatul. Tu yang lambat sikit tu. Hahaha. Yang syida pula siap ajak kahwin sekali nanti. Siap masuk mimpi lagi. Kelakar gila budak ni. Siap ulang tayang cerita mimpi dia tu berulang kali. Hahaha.

Apa yang penting, jangan risau sangat. Allah dah tetapkan pasangan kita sejak kita di dalam perut ibu kita lagi. Kalau tumbuhan dan haiwan ada pasangannya, takkan kita yang ciptaan Allah yang terbaik ini tidak ada pasangannya. Betul ke betul?

:)





4 Jan 2014

RealStoryTime: Shaykh ibn Baaz

Assalamualaikum,
Salam Sabtu diucapkan :)


Pada saat entri ini di'publish' , Rabiatul dalam satu majlis ilmu di ibu kota Malaysia.Ya, menuntut ilmu lagi. Menuntut ilmu adalah satu benda yang Rabiatul tak pernah nak jemu. Suruhlah pergi majlis ilmu mana pun, jika tidak bertentangan dengan Islam, jika tiada aral melintang, InsyaAllah Rabiatul akan penuhinya.


Kenapa Rabiatul tak pernah bosan walaupun rabiatul sudahpun mempunyai segulung ijazah? Sebab Ilmu adalah kunci yang Rabiatul boleh gunakan untuk masuk syurga Firdaus milik Allah.Tak salah 'Aim High and Aim Big'. Sekurang-kurangnya kita ada sesuatu untuk diperdengarkan apabila kita berjumpa Alla kelak.


Kembali kepada niat asal entri ini ditulis...


Seperti biasa, siapa yang subscribe emel dari ILoveAllaah.com akan dapat email peringatan, nasihat dan doa setiap hari. Jadi, Rabiatul nak kongsikan salah satu emel yang memberi kesan emosi pada Rabiatul. Ini adalah satu contoh berbuat baik kepada orang yang membuat jahat pada kita.

Selamat membaca
:)


------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Once Shaykh ibn Baaz (rahimahullah) was praying during the night when he heard someone jump on the roof of his house. The shaykh called his sons and told them to find who was up there and bring the person to him.


The man was captured and brought to the shaykh, but the shaykh did not ask the man any questions. Instead, the shaykh ordered the cook to make a meal for their guest. After the man ate, the shaykh asked what his business was on the roof of his home. The man revealed that he was trying to steal 10,000 Saudi riyals to pay for the surgery of his father. Hearing this, ibn Baaz agreed to pay for the entire surgery.


The man later returned to the shaykh and asked to become one of his students and ibn Baaz agreed. When the shaykh passed away, one of his sons went to tell man the news. The son of ibn Baaz said that the man fainted the first 3 times he heard that the shaykh passed away. That is how much he loved the shaykh for his kind treatment and help.



3 Jan 2014

Tahun 2014 saya adalah Tahun yang GEMILANG


Assalamualaikum
Salam 1 Rabiul Awwal 1433H. Ini bermakna dalam tahun Islam, kita dah masa bulan ke-2.
Dalam tahun Masihi pula, hari ini adalah Jumaat pertama dalam tahun baru.

Hari ini masih dikira sebagai minggu pertama. Mungkin ada yang diluar sana yang terumbang ambing lagi dalam menulis azam / hala tuju pada tahun 2014. Jadi, Rabiatul kongsikan satu email yang Rabiatul dapat dari Mentor Pemasaran No 1 Asia, Dr. Azizan Osman. Mungkin ini dapat membantu dalam merencana hala tuju yang baru tahun 2014 ini.

Akir kata,
Selamat mengimbas masa silam
Selamat mencipta masa hadapan
:)

-Rabiatul-




Gambar : Google

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Copy and paste dari email Dr. Azizan Osman

2014 - Jadikan ia Tahun yang GEMILANG!
 
Hari ini, adalah hari pertama dalam tahun 2014. Ini merupakan peluang yang terbaik bagi diri kita untuk merangka pelan kehidupan yang baru di mana pelan ini mempunyai harapan yang tinggi untuk mencapai kejayaan dan kekayaan hidup di dunia dan akhirat. Hanya orang yang berani sahaja akan merangka pelan ini untuk memajukan diri terus kehadapan.


 
Mari bermula dengan membuat senarai semak (checklist) resolusi bagi tahun 2013. Kenal pasti perkara yang tidak dapat ditunaikan dan mencari punca kenapa ia tidak dapat diselesaikan. Kemudian, baru kita membuat senarai semak yang baru bagi tahun 2014. Tuliskan seberapa banyak yang kita inginkan serta pelan tindakan yang terperinci bagi mencapainya. Disiplin dan fokus merupakan asas yang diperlukan bagi merangka resolusi tahun 2014 ini.  
     
Saya telah merangka pelan resolusi saya dalam bentuk jurnal. Setiap pagi selesai solat, saya akan mengeluarkan jurnal Big Dreams saya dan menulis sepuluh jenis idea yang mempunyai potensi besar dalam membantu meningkatkan perniagaan, kesihatan, keberkatan, kesyukuran, kekayaan dan kejayaan di dalam hidup saya.

Di sini saya ingin berkongsi tujuh persoalan penting yang kita semua perlu mengambil masa daripada jadual sibuk kita untuk dijawab. Kajian akhir tahun berkaitan kehidupan anda sepanjang tahun adalah iringan yang sempurna untuk penetapan matlamat dan rancangan tahun 2014. Tuangkan secawan minuman kegemaran anda, duduk di kerusi kegemaran anda, dan tulis jawapan anda kepada soalan yang berikut:


1) Apa yang telah berubah sepanjang tahun 2013?
2) Apakah perkara-perkara yang luar biasa dalam hidup anda tahun ini?
3) Di manakah kekurangan anda?
4) Apa yang anda belajar mengenai diri anda atau orang di sekeliling anda yang anda tidak tahu sebelum ini?
5) Apakah aspek dalam hidup anda yang memerlukan transformasi?
6) Adakah anda akan terus memberi tumpuan kepada sesuatu yang anda mulakan di sini?
7) Bolehkah anda menjaga disiplin diri dalam aspek lain, seperti perkahwinan, bersenam, kerjaya, kehidupan sosial anda, kerohanian dan sebagainya?

Habiskan masa berfikir tentang diri anda dan soalan-soalan ini. Ia akan membantu anda mengenal pasti kesilapan masa lalu dan bagaimana anda boleh bertukar ke 2014, tahun di mana anda mungkin menjadi jutawan, bertambah sihat, menyalakan semula hubungan peribadi yang penting, atau menambah nilai dalam kehidupan orang lain.

Ini adalah perkara yang jutawan lakukan.

Ia mungkin tidak selesa.

Tetapi setiap minit itu akan menambah nilai kehidupan anda.

Jangan menyesal dan merungut kesilapan lalu kerana ia tidak akan membawa anda ke mana-mana. Sebaliknya, fokus pada apa yang anda boleh dan akan lakukan hari ini, esok, dan seluruh hidup anda, dan semua perkara-perkara besar yang akan berlaku kerana tindakan anda.



Jangan tunggu untuk 'masa yang betul' atau sehingga ia terlalu lewat untuk mengambil tindakan ke atas matlamat anda. Jika ada sesuatu yang anda benar-benar mahu lakukan, jika ada impian yang anda ingin capai atau merubah dalam kehidupan, cari jalan untuk melakukannya sekarang.
Bukannya menunggu, terus mulakan.

Beri tumpuan untuk menggantikan tabiat buruk dan corak pemikiran yang negatif, satu demi satu, dari masa ke masa dengan tabiat yang baik dan positif. Setiap langkah itu akan membawa kepada perubahan yang kuat dalam hidup anda.

Semua yang anda lakukan akan mendekatkan atau menjauhkan anda daripada matlamat anda.

Jadi apakah tindakan anda hari ini?


1 Jan 2014

2014

Bismillah

Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru Masihi everyone!
Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk terus berjuang di bumi Allah ini.
Umur pun dah bertambah satu 
;p


2013 tinggal kenangan.
Banyak memori 2013 ni
Boleh dikatakan 2013 ini membentuk Rabiatul yang lebih berkeyakinan,
Lebih berani mencuba, Lebih berani berkawan dengan new circle, lebih berani mencabar diri
Lebih mudah senyum :)
Banyak perubahannya sebenarnya.
Tak larat nak catat...

Sekarang...

Tutup Buku Catatan 2013.

Buka Buku Catatan 2014.

Selamat datang 2014!!!

Tak kisahlah apa orang lain nak kata tentang tahun 2014, tapi kita kena ingat, kita adalah penentu hidup kita sendiri. Tak ada siapa boleh ubah hidup kita melainkan kita sendiri. Sedar tak sedar, penghalang terbesar adalah KITA!

Jadi, rancanglah impian yang ingin dicapai sepanjang tahun 2014.
Tulislah di dalam sehelai kertas
Baca setiap hari
Jalankan rancangan untuk mencapai semua impian yang tertulis
Minta, minta, minta dan sentiasa berdoa kepada Allah
InsyaAllah, kita akan berada dijalan yang lurus.


Azam 2014:
Mencatat segala macam catatan kebaikan dalam buku nota 2014.
Meninggalkan sebanyak mungkin catatan keburukan.
Wish me luck!

Dan InsyaAllah
Rabiatul akan sentiasa mencoret rasa disini
Okeylah
Sampai sini saja catatan tahun baru
Senyum selalu
:)