22 Jul 2013

The Power of Doa

Salam 13 Ramadhan 1434H.

Bila tiba saja Ramadhan, umat Islam sedia maklum, yang bulan penuh mulia ini adalah bulan paling sesuai membuat senarai doa. Senarai doa yang kita nak. Bukan bulan lain tak sesuai. Tapi keberkatannya lain sikit. Jadi, apa yang kita perlu buat ialah :

Buat senarai doa 》 minta dengan Allah dengan penuh yakin 》 tawakal dan terus berdoa.

Ada satu kisah benar. Tentang kekuatan doa. THE POWER OF DOA. Senjata orang muslim yang tak boleh dipertikaikan.

So, read and enjoy the story...

Seorang Doktor Pakar kanak-kanak telah dilantik untuk mengetuai satu seminar yang akan dihadiri oleh seluruh doktor pakar lain sedunia di satu bandar di India.Pada hari yang ditetapkan, Dr. Aisyah sampai ke Lapangan Terbang untuk dinaiki yang akan membawanya ke bandar di mana seminar akan diadakan.

Malangnya Kapal Terbang yang bakal dinaiki telah ditangguhkan kerana mengalami kerosakan pada enjin di salah satu sayap.Dengan penuh risau, dia mengadu akan halnya pada pegawai Lapangan Terbang akan betapa pentingnya urusan yang telah diamanahkan padanya di seminar tersebut. Walau apapun yang berlaku dia perlu mencari jalan untuk sampai ditempat yang mahu ditujunya.

Pegawai lalu memberikan cadangan agar dia mengambil kereta dan memandu sahaja ke destinasinya. Bandar yang mahu ditujunya hanyalah mengambil masa 3 jam perjalanan dengan menaiki kereta. Oleh kerana tiada pilihan lain lalu dia pun memandu ke sana dengan keretanya.

Dalam perjalanan, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Keadaan semakin lebat sehingga menyukarkan penglihatan. Dalam perjalanan sukar itu, dia mendapati bahawa dia telah hilang punca dan arah. Dia rasa telah sesat dalam perjalanannya.

Dalam keadaan hujan yang lebat dan kabur, lalu terlihat olehnya sebuah rumah kecil di tidak jauh dari jalan yang sempit itu. Lalu dia menuju ke arah rumah kecil itu, berhenti dan keluar dari kereta dalam keadaan hujan lebat dan mengetuk pintu.

Pintu dibuka dan terlihatlah seorang perempuan tua menjenguk dari dalam. Orang tua itu mempersilakan masuk kerana hujan terlalu lebat dan Dr. Aisyah pun masuk ke dalam. Dia menceritakan halnya yang telah tersesat arah.“Berehatlah sebentar sementara menunggu hujan reda..” cadang wanita tua tersebut.Lalu Dr. Aisyah duduk sebentar menunggu agar hujan reda.

Perempuan tua tersebut lalu masuk ke dalam bilik yang terbuka pintunya. Dia mahu menunaikan solat.Dr. Aisyah hanya melihat dari luar bilik bagaimana perempuan tua itu solat dan akhirnya memberi salam. Di sebelah perempuan tua itu bersolat kelihatan seorang kanak-kanak sedang tidur tidak bergerak. Selepas solat dia menadah tangannya dan mula berdoa.Selesai berdoa dia dilihat menggoyang-goyangkan kanak-kanak yang sedang terbaring di sisinya. Begitulah diulang-ulang perbuatannya sehingga beberapa kali.

Dr. Aisyah melihat dengan penuh minat dan mula timbul rasa ingin tahu apa yang sedang dilakukan oleh orang tua tersebut.Setelah selesai solat dan berdoa, perempuan tua itu datang menemui Dr. Aisyah dan berbual. Lalu bertanyalah Dr. Aisyah siapa kanak-kanak yang sedang tidur tadi dan apakah yang dilakukan olehnya dengan menggoyang-goyangkan badan kanak-kanak itu.

Lalu berceritalah perempuan tua itu bahawa anak kecil itu merupakan cucunya. Dia masih hidup tetapi lumpuh dan tidak sedarkan diri sejak beberapa lama. Dia telah dikunjungi oleh seorang doktor di kampung tersebut yang mengesahkan anaknya masih hidup tetapi tidak dapat dirawat olehnya.Penyakit kanak-kanak itu hanya boleh dirawat oleh seorang pakar kanak-kanak yang tahu dengan mendalam tentang penyakit yang sedang dialami oleh kanak-kanak itu. Tetapi untuk bertemu dan membuat temujanji dengan doktor pakar itu bukanlah sesuatu yang mudah.“Sejak itu saya sentiasa menadahkan tangan berdoa setelah selesai solat agar Allah menemukan saya dengan doktor pakar tersebut,” terang si nenek tua pada Dr. Aisyah.

“Siapakah nama doktor pakar yang diberitahu oleh doktor itu pada makcik?” tanya Dr. Aisyah.

“Namanya Dr. Aisyah,” jawab Makcik tua itu.Terkejut Dr. Aisyah mendengar jawapan itu. Sedarlah dia kenapa dia boleh berada di situ setelah dirintangi dengan pelbagai masalah. Rupa-rupanya Allah sedang mengkabulkan doa si nenek tua itu.

-      -     -     -      -       -       -      -      -       -      -      -      -      -      -      -      -       -       -       - 

Okey.

Sampai sini saja.

Jumpa lagi nanti.

InsyaAllah.

Smile and shine ♥

Picture : Google

19 Jul 2013

The Power of One by Donna Summer

Salam, everyone!

Salam 10 Ramadhan..

Hari ni  nak share lagu yang agak mendalam maksudnya, tinggi motivasinya. Setiap kali dengar lagu ni mesti meremang. Dan mentor cakap masa tengah meremang, ni antara waktu terbaik untuk berdoa. Jadi, apa lagi, minta banyak banyak dengan Allah.

First sekali dengar masa seminar advanced marketing power. Serius, tak pandang kiri dan kanan. Pandang skrin je. Sebab skrin tengah tayang lirik lagu:) Menghayati pun ya juga.

Siapa yang tak pernah dengar boleh cari kat Youtube. Bagi yang pernah dengar, inilah liriknya.

Selamat menghayati maksudnya:)

Till then,
Bye!
X0

The Power of One - Donna Summer

You must always remember

Life can be a challenge
Life can seem impossible
It's never easy 
When so much 
Is on the line
But you can make a difference
With courage 
You can set things right
A gift to dream
And make dreams real
Is yours and mine

The power of one
Begins with believing
It starts in the heart
Then flows through the soul
And changes the world
Imagine how life will be
When we stand in unity
Each of us holds the key
To the power of one

Each of us is chosen
There's a mission just for you
Just look insideyou'd be surprised what you can do

The Power of one
Begins with believing
It starts in the heart
Then flows through the soul
And changes the world
Imagine how life will be
When we stand in unity
Each of us holds the key
To the power of one

Then one by one
We can make the world 
A much better place

The power of one
Begins with believing
It start in the heart
Then flows through the soul
And changes the world
Imagine how life will be
When we stand in unity
Each of us holds a key
It's inside of you and me
Each of us holds the key
To the power of one

The power of one

9 Jul 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum

Ramadhan yang dirindui tiba lagi

Esok bermulalah hari dimana umat Islam di Malaysia berpesta puasa

Malam ini pula bermulalah perhimpunan terawih



Jangan lupa pula niat ye...

Niat untuk sebulan buat

Untuk niat tiap-tiap hari pun kena baca juga


Dan tak lupa juga

Our checklist:)


Saya, Rabiatul Adawiyah binti Ahmad, mengucapkan

Selamat Berpuasa

dan Selamat Menjalani Ibadah Terawih

kepada

semua muslimin dan muslimat

tak kira dimana jua anda berada.

Segala salah dan silap harap dimaafkan

dan

saya maafkan juga semua dosa anda sengaja atau tidak

jika ada:)

Wasalam
X0