31 Dec 2013

Ain Maisarah and Me

Bismillah

Assalamualaikum

Lama sungguh tak menjenguk di sini. Suka sangat buat janji Melayu kan. Janji yang sentiasa dicapati. Tapi memang Melayu pun. Tu yang salah satu azam tahun baru ialah janji ditepati. Dalam list nak menulis sekurang-kurangnya sekali seminggu. So, doa-doakan. Semoga azam tidak tinggal azam je.

Okey. Back to the title. Ain Maisarah and Me.


Cuba cakap, siapa yang tak kenal dengan Ain Maisarah. Budak umur 5 tahun pun kenal dia tao. Imej serba merah jambu. Kalau event di Pesta Buku yang selalunya dekat PWTC tu, booth dia warna PINK. Dari jauh dah nampak.

Sebenarnya, Rabiatul pergi satu bengkel bisnes yang dianjurkan oleh salah satu syarikat Ain Maisarah dan suaminya, Tuan Syaizul Amal, iaitu BLINK EVENT. Apa yang Blink Event buat, boleh baca dalam gambar kat bawah ni. Tak pun pergi saja ke laman facebook Blink Event. Nak cerita lebih-lebih pun,tak boleh sangat sebab  ni first time Rabiatul join program diaorang pun.



Dan untuk pengetahuan semua, Tuan Syaizul Amal adalah salah satu mentor Rabiatul. Bukan berguru secara berdepan pun. Cuma secara alam maya. Baca-baca posting dia yang sangat membantu orang baru seperti Rabiatul ni. Tuan Syaizul Amal ni ialah Seorang yang sangat kreatif dan suka berfikiran luar kotak :) Sangat seronok dengar idea dia.

Bengkel yang Rabiatul pergi tu, namanya ialah....BENGKEL BMC


BMC itu adalah singkatan kepada BUSINESS MODEL CANVAS. BMC ini ibarat gambaran besar (big picture) sesebuah perniagaan. Tak kira kecil atau besar sesuatu perniagaan ini, memang sesangatlah sesuai guna BMC.


Dan ini adalah Cikgu BMC - Tuan Yusry
Tak berapa sihat pun, sanggup turun ajar anak Melayu belajar benda alah ni. 
Thank you soooooo much, Cikgu!

Sesi pagi itu, Tuan Yusry memperkenalkan apa itu BMC. Beliau memang menerangkan satu per satu. Dan anak murid boleh tanya anytime yang kitaorang nak tanpa perlu tunggu akhir sesi. Tu yang best. Tak faham boleh terus tanya.

Lepas habis Tuan Yusry terangkan setiap ciri dalam BMC tu, tibalah masa untuk beraktiviti. 
Barisan kitaorang dapat bisnes BASIKAL.
Pening kepala otak fikirkan benefit basikal pada customer dan apa yang diinovasikan.


Tapi idea basikal Tuan Syaizul Amal memang best gila. Naik basikal pun boleh sampai Paris!
Class gitu


Puan Ain Maisarah ni pula dapat bisnes BANGLO. Tapi dia pergi transform jadi MEGABANGLO!
Hahaha...suami isteri ni memang DREAM BIG lah.
Satu ciri orang berjaya yang perlu diikuti.

Then, habislah sesi pagi. Pergi rehat dan solat. Dalam pukul 2, masuk kelas balik.

Sesi petang, ada 2 aktiviti.

1. Aktiviti berkumpulan. 
Ambil satu bisnes sedia ada, dan buat 3 inovasi
Time ni, banyak gila idea keluar. Sangat best brainstroming ni. Macam-macam idea keluar. Idea yang tak dijangka dan tak terfikir pun ada.


Ingat tak, pada awak catatan ni tadi, Rabiatul kata sangat best dengar idea dari Tuan Syaizul Amal. Mana taknya, idea dia memang out-of-box. Masa dengar dia cakap, mulut memang  nganga. Tapi tak adalah besar nganga tu. Nanti kantoi pula kan.

Selesai brainstorming, present kat depan class pula.

Aktiviti 2 ialah aktiviti mensayat hati.
Memang aktiviti ni ibarat mengambil pisau, then kita hiris hati dia.
Pedih wooooo....


 Paling sadis sekali, abang ni lah. Semua orang tak nak ambil servis yang dia tawarkan dalam kelas. Bila Tuan Yusry tanya kenapa, jawapan semua ibarat ambil pisau pergi toreh hati dia. Dahlah tak boleh menjawab. Senyum sajalah.


 Peserta kedua ni, kuranglah sikit sadisnya...heheheh...dia pun takut orang tikam dia :)

Selesai aktiviti mensayat hati ni, habislah sesi. Then sesi bergambar.
Mula-mula bergambar berkumpulan.
Bersurai je, terus ambil gambar dengan Celebrity-In-The-House
Sebab ramai yang tunggu turn bergambar dengan cikgu


Ain Maisarah and Me
Baju pun nak lebih kurang sama je
Sampai staff Blink Event kata pakai Baju Tema Blink :)

Okeylah
Sampai sini saja untuk tahun ni.
Nanti kalau sempat, update last post.

:)