28 Aug 2012

Tahniah Ustaz Don dan Husna

Salam semua


Masa tengok gambar nie (Ustaz Don Daniyal & Husna), sweet je...
Nanti kalo kawen nak macam nie jugak la...
Sang suami letak tangan dia kat ubun-ubun kita
lepas tu baca doa nie

 
Maksudnya:
" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya"
(Riwayat Abu Daud)

-kredit to this blogger-

Kemudian, perkara kedua ialah solat sunat sama-sama macam Ust Don dan isterinya buat.
Selalu kita nampak sang suami buat sorang2.
Apa salahnya kalau buat sama-sama..
Nie kan dikira solat berjemaah yang pertama sebagai suami isteri...kan3x...


 Walau apapun, both of them sangat-sangat sweet
And saya, Rabiatul Adawiyah mendoakan supaya
Perkahwinan Ustaz Don dan Husna dilimpahi cahaya-Nya
dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah

p/s:::To my labmates, I miss you all. Dah lama tak masuk lab, rasa semacam je. 
Doakan saya cepat sembuh ye...
dah bosan duk rumah nie....

19 Aug 2012

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA
MAAFKAN SAYA YE JIKA
ADA TERSALAH DAN TERSILAP KATA
TERKASAR BAHASA
TERHUTANG APA-APA (KIRA HALAL LA YE...HEHEHE)


JANGAN LUPA SOLAT HARI RAYA
JANGAN LUPA TUNAIKAN ZAKAT FITRAH TU
JANGAN LUPA BERSEDEKAH DI PAGI RAYA YE
(DALAM PERJALANANMASUK & KELUAR MASJID TU KAN ADA ORANG YANG MEMERLUKAN...BETUL TAK???)

JANGAN LUPA JUGA BERSALAMAN SESAMA KELUARGA
MAAFKAN AJELAH SEMUA SALAH, SILAP, DIORANG TU
WALAUPUN DIORANG TU TAK MINTA
KAN MEMBERI KEMAAFAN TU LAGI MULIA DARI MEMINTA MAAF
MOGA HATI KITA BERTAMBAH TENANG
DAN
DIRI BERTAMBAH CERIA DI PAGI RAYA

YANG MAK PERGI BERAYA 
LEPAS SOLAT RAYA TU
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG

P/S: DISEBABKAN DAH KERJA TAHUN NIE, KENALAH MEMBERI DUIT RAYA KEPADA KANAK-KANAK. KAN MENJADI SUNNAH RASULULLAH DI HARI RAYA UNTUK MENGEMBIRAKAN HATI KANAK-KANAK.
 SAPE NAK DUIT RAYA???
SILA BERATUR YE...
HUHUHU....

~ THANK YOU KAK LIN & KAK WAWA UNTUK DUIT RAYA. UNTUNG BETUL JADI ADIK BONGSU NIE. HEHEHE...~

17 Aug 2012

Majlis Khatam Quran Bahagian 1

Assalammualaikum semua...

Pada hari Selasa yang lepas
bersamaan dengan 14 Ogos 2012 | 25 Ramadhan 1433 H
telah berlangsungnya
Majlis Khatam Al-Quran.
(wah, intro macam dalam melodi je)


 Semasa sampai ke tempat yang dituju...
benda pertama yang dibuat selepas turun dari kereta Wish Kak Sam
ialah
Photography session!!!

wajah-wajah empunya diri yang terlibat
semua berjubah seperti yang Kak Hanisa rancangkan...

Kak Sam, me, Kak Wawa, Kak Aed, Kak Ju, Kak Engku, Kak Hanisa

and lastly Kak Ila (yang bertudung merah)

show off beg baru beli...hehehe...

Ingin tahu
Siapa dan apa yang ada di dalam?
Air Mineral yang bakal bertukar menjadi air bacaan 30 juzuk Al-Quran
dan
warga Mardi dari bahagian lain

dan
tidak ketinggalan
Pak Cik VideoMan
as our 'bodyguard' and 'hero' inside here
as our 'guardian' too
huhuhu

~Will be Continue~


SeNsOrAnG jE :(

Salam Jumaat semua
Assalammualaikum...

tajuk sedih je hari ni
siap ada :(
actually tak adalah sedih sangat
lebih kepada sunyi aje lah

dah lah tempat kerja ni tak besar mana
tambah pula pekerjanya tak ramai pun
pusing-pusing akan jumpa orang yang sama je

jadi
bila pabila hampir semua cuti hari
nak balik kampung
sunyilah lab nie
tinggallah yang tak berkampung ini seorang diri...

wahai diri
sabarlah
tinggal lagi berapa jam je nak balik rumah

wahai masa
cepatlah berlalu
saya nak balik!!!

credit pic : Inche Google

p/s : Ramadhan lagi berapa hari je nak tinggalkan kita. Apa yang kita dah buat sepanjang Ramadhan nie? Mampukah kita bertemu lagi, wahai Ramadhan? [nie baru betul mood sedih:( ]

Kelab Keluarga Pusat RI Mardi, Serdang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin.

3 Aug 2012

Sunnah di hari Jumaat



 
credit gambar : Google

Amalan-Amalan yang Disyari'atkan pada Hari Jumaat


 Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat subuh.
Dari Abu Hurairah -radhiallahu anhu- dia berkata:
"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam shalat subuh membaca: "ALIF LAAM MIIM TANZIIL AS-Sajadah (Surah As-Sajadah), dan 'HAL ATAA 'ALAL INSAANI HIINUM MINAD DAHRI (Surah Al-Insaan)." (Al-Bukhari dan Muslim)

Memperbanyakkan selawat
Dari Abu Umamah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata,
"Perbanyaklah selawat kepadaku setiap hari jumaat kerana selawatnya umatku akan dipersembahkan untukku pada hari jumaat, maka barangsiapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dia akan paling dekat darjatnya denganku." (Baihaqi dengan sanad shahih)

Membaca surat Al Kahfi
Dari Abu Sa'id Al-Khudri radhiyallahu 'anhu, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari jumaat akan diberikan cahaya baginya diantara dua jumaat." (HR. Al Hakim dan Baihaqi dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)



Memperbanyak do'a (Abu Daud)

 Amalan-amalan solat jumaat (bagi laki-laki)
- Mandi, bersiwak, dan memakai wangi-wangian.
- Berpagi-pagi menuju tempat shalat jumaat.
- Diam mendengarkan khatib berkhutbah. 
- Memakai pakaian yang terbaik. 
- Melakukan solat sunnah selama imam belum naik ke atas mimbar.

Manfaatkan kelebihan hari Jumaat ini dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah saw sebagaimana disebut dalam hadis-hadis di atas. Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.

Allah s.w.t berfirman:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Al-Imran:31)


Jom amalkan Sunnah-sunnah Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam! ^_^

credit : I Luv Islam

Green gurlz :)

Assalammualaikum readers,

Dah lama tak menulis kat sini...
Buzy sikit lately nie (ye ke???)
Tapi hari nie nak gak post pasal green gurlz...

Green gurlz???
Bukan gurlz tu berkulit hijau ye...
Bukan jugak Incredible Hulk versi gurlz...
tapi...

gurlz yang berbaju hijau...

tak planning pun nak pakai kaler sama...
tapi sampai-sampai je lab
ternampak diorang nak ambil gambar
coz pakai baju warna sedondon
jadi apa lagi, I pun join lah sekali
hijau sokmo...hehehe...
Dari kiri : Kak Jah, Kak Sam, Kak Wawa, me, and Kak Aed