5 May 2013

PRU13

Assalamualaikum, semua
Macam mana hari ni?
Buat yang mengundi kali pertama
Seperti saya
Ini semestinya pengalaman baru
Kena beratur panjang
Dengan jari telunjuk dicat biru
Alhamdulillah, suasana di Sekolah Agama Jalan Bahagia 5 aman
Tak ada sebarang kekecohan
Alhamdullillah
Siap terserempak dengan kawan lama
Ada yang kenal ada yang macam familiar saja
Tapi tengok dari jauh je
Hehehe
Yang pasti
Pasti semua dah tak sabar nak tahu keputusannya kan
Keputusan yang dibuat setiap 5 tahun
Keputusan yang menentukan siapa yang bakal memegang tampuk pemerintahan
Keputusan yang menentukan siapa yang bakal berkhidmat untuk kita
Ya, berkhidmat untuk kita
Kita kan penentu masa depan negara
Suara kita hak kita
Pasti semua dah pilih yang terbaik untuk berkhidmat di kawasan masing-masing
Kita doakan sahaja yang terbaik untuk negara kita
Kepada semua calon
Menang kalah itu adat
Kepada yang menang
Jalankanlah amanah yang kami berikan dengan sepenuhnya
Kepada yang kalah
Jangan pula mengutuk yang menang
Mungkin ada kekurangan di sana sini
Kepada semua pengundi berdaftar
Terimalah keputusan pilihanraya kali ini
Dengan berlapang dada
ALLAH tak akan benarkan sesuatu perkara berlaku tanpa sebab
Pasti ada hikmah disebaliknya
Kepada bakal wakil rakyat
Adun Chempaka dan Parlimen Pandan
Selamat berkhidmat
5 Mei 2013 dalam sejarah | I♥Malaysia