13 Sep 2011

Jenjalan di bulan puasa - Bahagian 2

Sambungan dari entri yang tadi...

Disebabkan entri bahagian pertama tu macam dah panjang sangat, jadi buatlah part 2. Sebenarnya cerita pasal Muzium Kesenian Islam Malaysia tu tak habis lagi. Ada lagi part yang tak cite....pasal Palestin. Ada satu bahagian kat dalam muzium tu menceritakan pasal Palestin. Kronologi Negara Palestin dari zaman Rom hinggalah ke masa Palestin dijajah. 

Lagi satu yang menarik ialah alat tulis. Diorang guna papan je nak tulis dan belajar dan baca ayat al-Quran. Diorang akan tulis dan padam sampailah diorang dah hafal ayat-ayat al-Quran. Hebatkan. Apa jadi dengan papan tulis tu bila diorang dah graduate? Cubalah teka.........
Jawapannya : diorang akan tulis mana-mana surah yang diorang suka kat atas papan tulis tu dengan dakwat kekal (macam gambar kat atas ni)...papan tulis tu boleh dianggap sebagai cert diploma diorang la...bagus jugakan cert diorang...kena air pun tak pe...takkan lembik...huhuhu...

Seminggu selepas tu, saya belajar memasak lak. Disebabkan yurannya ditanggung oleh mama, jadi saya ikut jela. Dapat bawa balik makanan tu pas habis kelas. Jadi, apa yang telah saya belajar? Jeng jeng jeng...

CHEESE TART, FRUIT TART, CHOC CHEESE TART


 
inti blueberry

Time ni nak letak cheese




 nie la rupa bila dah masak. cheese tart ni akan jadi kembung sikit tapi bila dah sejuk, dia pun leper je...

 choc cheese tart

 cheese tart yang tak payah masak 2x

 fruit tart


nie lah gambar sume tart tu

SIAP! Masa dah siap tu sangatlah happy. Walaupun tak dapat makan seepas aje buat (bulan pose mana boleh makan!), tapi sangatlah happy sebab berjaya buat bersama 4 orang lagi...hehehe...Malam tu, lepas je berbuka terus je makan benda alah ni...nyum nyum...

Jenjalan di bulan puasa - Bahagian 1

Assalamualaikum, wahai yang membaca....

Hari ni terasa nak letak segala benda yang berlaku sepanjang bulan lepas. Segala aktiviti, segala kisah yang menarik untuk dikongsi. Tapi, terasa malas lak nak menaip panjang-panjang. Jadi......tengok jelah gambar-gambar kat bawah ni kalo nak tahu kemana Kembara Adawiyah Ahmad ni...hehehe....


Cuba teka apa nie??? Inilah kubah terbalik. Ia terletak dalam bangunan Muzium Kesenian Islam Malaysia. Sangat cantik...warna putih (saya suka warna putih!!!). Ini kali ketiga datang muzium ni. Kali pertama dulu masa zaman sekolah. Kedua masa ada event kat Pusat Islam yang dekat masjid negara. Kali ni datang sebab ada event kat Masjid Negara. habis je event tu, papa ajak merayau kat sini. Sebab pukul 2 ptg hari tu, mama ajak shopping kat Jln TAR (shopping raya!!! I like.) Bila dah lama tak datang, time masuk tu terasa jakun jap. Yalah lama tak datang. Banyak yang menarik...Antaranya....

1. Kronologi Dinasti China
I love chinese drama. Terpengaruh dengan mama. Sebab mama pun suka tengok masa kecik-kecik dulu. Bila anak dara dia dah besar, kitorang pula yang ambil alih. Mama lak turn to Indonesian drama - sinetron.

2. Al-Quran - tulis pakai tangan ni. Sangat cantik. Sebab ada emas kat border dia...1 juzuk 1 buku. jadi silalah kira. cukup tak?

3. Kronologi dinasti kat India. Disebabkan saya sangatlah suka dengan sejarah zaman dahulu kala, snap jelah poster nie, buat bacaan di masa bosan. untuk tambah ilmu yang cetek ni.

4. Yang ni zaman Melayu punye. Macam dah belajar sejarah pula. Ingat lagi masa belajar sejarah masa Form 1 and Form 2. Sungguh-sungguh menghafal. Yang cikgu tak ajar pun nak tahu juga. Kalau dah minat sejarah zaman dahulu kala, macam nilah jadinya.

5. Peta. 

6. Dalam muzium ni banyak sangat kubah. Sume warna putih. Cantik!

6. Ini salah satu jenis pakaian zaman dahulu yang ditayangkan kepada umum. I like that jubah. Sangat cantik. sampai terfikir satu hari nanti nak buat jubah macam nie. hehehe...

7. 3 gambar kat bawah ni menunjukkan perkembangan Islam kat dunia pada masa dulu. 
 Spread of Islam

 Kronologi Dinasti-dinasti Islam

8. Jenis-jenis Kaligrafi.
Ada 6 jenis semuanya : Thuluth, Naskh, Muhaqqaq, Raihan, Tawqi' dan Riqa'.

9. Kiswah - kain yang digunakan untuk tutup dinding-dinding Kaabah. Yang ditunjukkan di muzium ini digunakan pada tahun 1964M dan dikenali sebagai Sitara.

10. Replika senibina Islam yang terkenal.
 
Sesuai sangatlah dengan bulan pose...jenjalan pun ke Muzium Kesenian Islam Malaysia. Bagi yang berada di sekitar KL tu, pakatlah ramai-ramai ke sini. Banyak ilmu tambahan. Setakat kena bayar RM12 (tapi time tu orang kat kaunter suh bayar rm10 je...maybe diskaun tuk bulan pose kot)apalah sangat kalau nak dibandingkan tiket wayang kita sebulan...ye tak?

8 Aug 2011

Six easy ways to earn even after death

Assalammualaikum semua....
Dalam membuang semua habuk yang terselit disana sini kat Facebook tu, mulalah nak terjah muka buka orang lain. yalah, masa-masa Ramadhan inilah, banyak entri-entri menarik. Semua menjurus ke arah ke arah kebaikan. Tetiba, terjumpa satu entri ni yang saya rasakan sangat menarik untuk ambil dan kongsikan kat sini....kredit untuk awak, wahai kawan, Siti Radiana....
Jom baca sama-sama...
Six easy ways to earn even after death.
1) Give a copy of Qur'an to someone. Each time one reads from it, u gain.
2) Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, u gain.
3) Participate in building a Masjid.
4) Place water cooler in a public place.
5) Plant a tree. U gain whenever a person, animal sits in its shade or eats from it.
6)And the easiest of all, Sharing this message with people. Even if 1 applies any of the above, u gain.

4 Aug 2011

Tradisi...

Salam Ramadhan kepada sesiapa yang singgah baca....

Dah menjadi tradisi setiap tahun, setiap kali tibanya puasa, ada beberapa perkara yang terlintas di fikiran...baju raya...kuih raya...perhiasan rumah untuk raya dan macam-macam lagilah. Namun, ada satu benda yang tak mungkin dilupakan setiap tahun - hantar kad raya. Kad raya pun setiap tahun dah makin canggih. Dari cara tradisional - pos kad raya hinggalah ke cara modern - hantar digital kad kat internet - ucap kat fb.

Cuma tahun ni terasa nak bagi kad raya macam orang dulu-dulu. Ala...macam zaman kanak-kanak dulu. Dulu-dulu kan, kalau kita nak hantar kad raya nak kena tulis sendiri ucapan selamat hari raya dan pos. Dah lama tak buat macam tu...

Dan sekarang apabila banyak sangat masa terluang ni, banyak sangat benda yang teringin nak buat...itu nak cuba...ini nak buat...dan hantar kad raya kat kawan-kawan lama - adalah salah satu benda dalam sanarai yang berjela-jela tu. Oleh itu, untuk minggu pertama puasa ni, selain mambuat perkara yang wajib dan sunat, nak lah buat kad raya dan pos kat kawan-kawan lama...hehehe...kad raya buatan sendiri...tak tahulah apa reaksinya...asalkan diri sendiri puas hati...betul tak???

2 Aug 2011

Entri Pertama...hehehe...

Salam Ramadhan Semua !!!

Akhirnya tiba juga Ramadhan yang penuh dengan rahmat ni...
Sama-samalah kita mengurangkan habit yang kurang baik (kalau mampu buang terus...ya tak???) dan tingkatkan amal kebaikan...


Nota kaki ::: saja je nak letak entri ni walaupun dah terlambat sehari...hehehe...