31 Dec 2013

Ain Maisarah and Me

Bismillah

Assalamualaikum

Lama sungguh tak menjenguk di sini. Suka sangat buat janji Melayu kan. Janji yang sentiasa dicapati. Tapi memang Melayu pun. Tu yang salah satu azam tahun baru ialah janji ditepati. Dalam list nak menulis sekurang-kurangnya sekali seminggu. So, doa-doakan. Semoga azam tidak tinggal azam je.

Okey. Back to the title. Ain Maisarah and Me.


Cuba cakap, siapa yang tak kenal dengan Ain Maisarah. Budak umur 5 tahun pun kenal dia tao. Imej serba merah jambu. Kalau event di Pesta Buku yang selalunya dekat PWTC tu, booth dia warna PINK. Dari jauh dah nampak.

Sebenarnya, Rabiatul pergi satu bengkel bisnes yang dianjurkan oleh salah satu syarikat Ain Maisarah dan suaminya, Tuan Syaizul Amal, iaitu BLINK EVENT. Apa yang Blink Event buat, boleh baca dalam gambar kat bawah ni. Tak pun pergi saja ke laman facebook Blink Event. Nak cerita lebih-lebih pun,tak boleh sangat sebab  ni first time Rabiatul join program diaorang pun.



Dan untuk pengetahuan semua, Tuan Syaizul Amal adalah salah satu mentor Rabiatul. Bukan berguru secara berdepan pun. Cuma secara alam maya. Baca-baca posting dia yang sangat membantu orang baru seperti Rabiatul ni. Tuan Syaizul Amal ni ialah Seorang yang sangat kreatif dan suka berfikiran luar kotak :) Sangat seronok dengar idea dia.

Bengkel yang Rabiatul pergi tu, namanya ialah....BENGKEL BMC


BMC itu adalah singkatan kepada BUSINESS MODEL CANVAS. BMC ini ibarat gambaran besar (big picture) sesebuah perniagaan. Tak kira kecil atau besar sesuatu perniagaan ini, memang sesangatlah sesuai guna BMC.


Dan ini adalah Cikgu BMC - Tuan Yusry
Tak berapa sihat pun, sanggup turun ajar anak Melayu belajar benda alah ni. 
Thank you soooooo much, Cikgu!

Sesi pagi itu, Tuan Yusry memperkenalkan apa itu BMC. Beliau memang menerangkan satu per satu. Dan anak murid boleh tanya anytime yang kitaorang nak tanpa perlu tunggu akhir sesi. Tu yang best. Tak faham boleh terus tanya.

Lepas habis Tuan Yusry terangkan setiap ciri dalam BMC tu, tibalah masa untuk beraktiviti. 
Barisan kitaorang dapat bisnes BASIKAL.
Pening kepala otak fikirkan benefit basikal pada customer dan apa yang diinovasikan.


Tapi idea basikal Tuan Syaizul Amal memang best gila. Naik basikal pun boleh sampai Paris!
Class gitu


Puan Ain Maisarah ni pula dapat bisnes BANGLO. Tapi dia pergi transform jadi MEGABANGLO!
Hahaha...suami isteri ni memang DREAM BIG lah.
Satu ciri orang berjaya yang perlu diikuti.

Then, habislah sesi pagi. Pergi rehat dan solat. Dalam pukul 2, masuk kelas balik.

Sesi petang, ada 2 aktiviti.

1. Aktiviti berkumpulan. 
Ambil satu bisnes sedia ada, dan buat 3 inovasi
Time ni, banyak gila idea keluar. Sangat best brainstroming ni. Macam-macam idea keluar. Idea yang tak dijangka dan tak terfikir pun ada.


Ingat tak, pada awak catatan ni tadi, Rabiatul kata sangat best dengar idea dari Tuan Syaizul Amal. Mana taknya, idea dia memang out-of-box. Masa dengar dia cakap, mulut memang  nganga. Tapi tak adalah besar nganga tu. Nanti kantoi pula kan.

Selesai brainstorming, present kat depan class pula.

Aktiviti 2 ialah aktiviti mensayat hati.
Memang aktiviti ni ibarat mengambil pisau, then kita hiris hati dia.
Pedih wooooo....


 Paling sadis sekali, abang ni lah. Semua orang tak nak ambil servis yang dia tawarkan dalam kelas. Bila Tuan Yusry tanya kenapa, jawapan semua ibarat ambil pisau pergi toreh hati dia. Dahlah tak boleh menjawab. Senyum sajalah.


 Peserta kedua ni, kuranglah sikit sadisnya...heheheh...dia pun takut orang tikam dia :)

Selesai aktiviti mensayat hati ni, habislah sesi. Then sesi bergambar.
Mula-mula bergambar berkumpulan.
Bersurai je, terus ambil gambar dengan Celebrity-In-The-House
Sebab ramai yang tunggu turn bergambar dengan cikgu


Ain Maisarah and Me
Baju pun nak lebih kurang sama je
Sampai staff Blink Event kata pakai Baju Tema Blink :)

Okeylah
Sampai sini saja untuk tahun ni.
Nanti kalau sempat, update last post.

:)

1 Oct 2013

Welcome October | Set your mission now!

Assalamualaikum...
Good afternoon!
Dah solat zohor?
Belum?
Tinggalkan kerja tu, date dengan Allah jap.
Go! Go! Go!
Yang dah solat zohor tu...TAHNIAH!
;)
Hari ni kan
Dah masuk
1 Oktober 2013
Cepat betul masa berlalu...
dah masuk suku tahun yang terakhir
Dan
Ini Maknanya kena ada list to do yang baru
Kena ada misi baru
Kena buat senarai yang kita nak capai untuk 3 bulan terus
Jangan buat short list dulu
Buat senarai yang kita nak capai untuk 3 bulan
Pastikan ia realistic ok
Pastikan juga misi itu bermula dari kecil ke besar
Sebabnya kita baru nak ajar body dan mind kita
Kali ini misi kita lain pula
Start from small to big
But please dream BIG!
Ok now
Buat dulu misi untuk 3 bulan
Apa dia
Tak ada masa nak buat?
Kalau macam tu sampai bila bilalah anda akan hidup biasa biasa je
Orang berjaya
Adalah orang yang ada misi dan matlamat yang jelas
Dia tahu apa dia nak buat bulan ni, bulan depan, dan bulan seterusnya...
Dah ready nak tiru orang berjaya?
Okey
Start tulis sekarang
Sekarang
Bukan nanti
Sebab kalau nanti, success pun datang nanti
Berhenti baca post ni jap
Start tulis
Jangan risau
Saya sanggup tunggu
Tulis je apa yang kita nak
Untuk diri sendiri
Untuk keluarga
Untuk kerjaya / bisnes
Untuk misi kewangan
Untuk akhirat - misi sedekah, zakat, umrah/haji
Teruskan menulis
Jangan tanya orang lain!!
Bukan dia yang buat nanti, kita yang kena selesaikan
Tanya hati
Tanya jiwa
.
.
.
.
.
.
.
.
Dah siap?
Betul ini yang anda semua nak capai dalam tempoh  3 bulan ni?
Confirm?
Check balik
.
.
.
Ok
Lepas dah buat untuk 3 bulan,
Pilih dalam senarai tu
Mana yang nak bulan ni, mana nak buat bulan depan dan bulan ke-3
Dari situ, pecahkan senarai tu
Sediakan steps untuk capai misi bulan ni
Contohnya
Misi bulan ni, saya nak BINA PERNIAGAAN PAKAIAN MUSLIMAH
Jadi, apa small steps nya
1. Pilih satu produk yang nak diniagakan. (Contoh : Abaya)
2. Pilih nama produk yang nak diketengahkan supaya customer know (I choose Al-Mawa Abaya)
3. Create gmail
4. Choose media perniagaan ( facebook, blog or instagram) and create it now!
5. Cari supplier, atau guna sahaja produk orang lain dan pasarkan
6. Tell the world about your bisnes
7. Update and sharing your thought, knowledge, tips and your products every day. Atleast 1 sharing per day!
Hahah
Senangkan...
Ok...
We stop here.
Sambung sharing later;)
Lagipun...
I'm hungry!
Lapar lapar lapar
Nak pergi masak jap...then makan...
Tapi anda tak boleh berhenti
Teruskan buat small steps...
Sampai siap okey!
Jumpa lagi!

30 Sept 2013

Intensif Jutawan Industri 2013

Assalamualaikum, semua!

Good evening!

Apa khabar semua? Yang sihat tu, Rabiatul doakan terus sihat. Yang kurang sihat tu, Rabiatul doakan supaya cepat-cepat sembuh dan kembali ceria;)

Hari ni, Rabiatul nak cerita pasal Intensif Jutawan Industri 2013 yang berlangsung kat PWTC. Tempat berkampungnya 4,200 orang termasuk Rabiatul selama 3 hari kat situ. Fizo Omar pun ada ok!

Dahlah Rabiatul baru je Program Pengantarabangsaan Sekolah Cheras Indah Malaysia-Indonesia. Rehat kejap otak dan badan, terus push otak untuk accept more massive new knowledge!

Tapi tak kisahlah. Yang penting, I'm happy. Melancong dan belajar benda baru adalah benda yang paling suka Rabiatul buat.

Ok. Kembali kepada topik asal. Heheh. Selalu sangat tukar topik;)

Apa yang Rabiatul belajar sepanjang 3 hari ini ialah macam mana nak mulakan bisnes dari tanpa modal atau modal yang sedikit hingga dapat RM 1, 000 000.00 dalam tempoh 3 tahun. 3 tahun tu paling lama bagi Dr. Azizan Osman.

Rabiatul nak cerita apa yang Rabiatul belajar. Tapi...

Dari mana Rabiatul nak mula ye?  Banyak sangat ni...

Belajarnya - Pagi, petang, malam. Esoknya ulang lagi, pagi, petang, malam. Sampai semalam terlambat bangun ;p Mana taknya, habis pukul 11.15pm. Sampai rumah pukul 12pm. Jadi, bayangkanlah pukul berapa Rabiatul lelapkan mata. Semalam je Doc habiskan seawal 4.30 pm. Itukan balik rumah lambat juga, sebab kuatkan networking!

Okeylah...keputusan telah dibuat. Rabiatul mulakan cerita apa yang Doc ajar dari hari pertama, kedua, hingga hari ketiga.

Peringatan : Sila kosongkan gelas minda anda!

Bukan apa, senang sikit nak hadam. Especially budak sains macam Rabiatul ni. Yang susah sikit nak hadam term marketing dan bisnes.

Hari Pertama : 27 September 2013

Sesi pagi Doc tak terus ajar tentang bagaimana nak jadi Jutawan Industri lagi. Doc banyak tekankan The Power of Syukur, The Power of Attraction, The Power of Believe, The Power of Selawat. Doc nak kami semua faham, untuk bahagia dan hidup selesa, tak semestinya jadi kaya. Kaya hanyalah alat! Alat untuk lebih banyak bersedekah. Alat untuk membantu lebih ramai orang. Alat untuk meningkatkan ekonomi bangsa Melayu dan Umat Islam.

The Power of Syukur

Allah sangat sayangkan orang yang sentiasa bersyukur. Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak rezeki datang.

 Bila dapat sakit, kita bersyukur. Bila sihat, bersyukur. Ada duit, bersyukur. Belum ada duit lagi pun bersyukur. Pendek kata, semua yang kita ada, kita dapat, kita rasa, kita mestilah bersyukur. Sebab Allah tidak akan bagi sesuatu perkara terjadi pada kita tanpa sebab yang kukuh.

Setiap yang terjadi pada kita, Allah nak kita sentiasa ingat Dia. :)

The Power of Attraction

Pernah tak, bila kita tengah fikir sesuatu, tetiba benda yang kita fikir tu terjadi. Sebagai contoh, ada suatu masa tu, Rabiatul tengah lapar. Otak memang tak boleh fokus kerja. Masa tu, terlintaslah nak makan cucur. Tetiba, selang beberapa ketika, ada orang ajak pergi makan dan dia nak belanja makan cucur! Hahah, rezeki yang ditolak;)

Sebenarnya, otak kita ni ada gelombang. Setiap kali kita berfikir tentang sesuatu atau tentang seseorang, otak akan hantar apa yang kita fikir tu dalam bentuk gelombang, masuk dalam otak orang tu. Bila kita fikir tentang sesuatu yang buruk-buruk atau berprasangka yang tidak-tidak, otak kita akam tarik yang buruk-buruk dan tidak-tidak. Jadi, yang buruk tu yang datang kat kita.

The Power of Believe

Apa yang kita percaya, itulah yang akan jadi. Ramai orang yang telah berjaya percaya dengan kebolehan diri sendiri walaupun orang lain mempertikaikannya. Percaya pada diri, itulah essence of success.

The Power of Selawat

Syukur sahaja tak cukup kalau kita tak berselawat dan beristighfar setiap hari. Selawatlah keatas Rasulullah saw, kekasih Allah. Allah sayangkan sesiapa sahaja yang sayangkan Rasulullah. Cara nak tunjukkan kasih sayang kita adalah dengan berselawat. Tak kisahlah berapa banyak, lebih baik ada daripada tiada.

Istighfarlah atas semua kesalah kita setiap hari. Istighfar pencuci dosa. Sekurang-kurangnya, insyaallah gugurlah dosa-dosa kecil.


Okeylah. Takat sini dulu. I'm sleepy already. Esok kita sambung lagi. InsyaAllah;)

Till then
:)

9 Sept 2013

Night Prayer

Assalamualaikum,

Dah bersedekah pada sendi-sendi anda ke?
Apa tu?
Solat Dhuha lah. Jangan ditinggal tao.
Tu salah satu cara jemput rezeki cara halus
Tanpa pakai bomoh pawang dan seangkatan dengannya.

So, apa kaitan dengan solat malam.
Ntah la
;p

Cuma malam tadi, bukalah REFLECTION
kat TVAlhijrah tu
dia cerita pasal surah yang bermaksud DAY & NIGHT
ayat first dah cerita pasal bangun malam

Okey
Dah kena batang hidung sendiri
sebab dah berkurun tinggal tak buat
Tanpa sebab kukuh lak tu!
Adush
Memanglah terasa:(

Pagi ni pula
Checklah email
rutin setiap pagi yang tak boleh nak tinggal
tekan satu satu 
bacalah setiap satu email tu

Tetiba.....
Dapat email dari Hadith of the Day
pasal NIGHT PRAYER!

Reported by Al-Mughirah bin Shu'bah: The Prophet (peace be upon him) used to perform night prayers until his feet became swollen. Somebody said to him: “You bear so much while Allah has forgiven your past and future sins.” He (peace be upon him) said: “Should not I be a grateful servant of Allah?”
(Bukhari and Muslim)
Allah,
terasa bertambah-tambah
Memang aku jenis tak bersyukur ke?
Nauzubillah min zalik

Sedangkan Nabi yang maksum pun buat Solat Malam
sampai Aisyah, isteri Rasulullah pun tanya juga
tapi
Rasulullah kata dia nak zahirkan rasa syukur kepada Allah

Allah takkan gerakkan tangan aku untuk tekan TV Al-Hijrah malam tadi tanpa sebab
Allah takkan buat aku duduk keruasi paling dekat dengan TV tanpa sebab
Allah takkan aku dengar Imam Schuib Webb tu cakap tanpa sebab
Allah takkan buat email Hadith of the Day muncul kat Gmail aku tanpa sebab
Semuanya mesti ada sebab yang kukuh dan jelas

Allah rindukan aku
Mungkin sebab aku dah lama sangat tak jumpa Dia malam-malam
Lama dah Dia tunggu aku dating dengan Dia
Lama dah Dia tunggu aku menangis, meminta dan merayu
Lama sangat aku tak buat

Tu yang Allah bagi peringatan sampai 2x
Bukan Allah yang menzalimi hambaNya
tapi HambaNya ini yang menzalimi dirinya sendiri



1 Sept 2013

Syawal | Full house

Penat gila
Tapi puas hati sangat;)

Puas borak dengan saudara mara
Walaupun baru je jumpa semalam time sepupu kawen

Seronok jumpa kawan lama
Gosip sakan

Gembira juga jumpa kawan-kawan mama dan papa
Walaupun asyik kena soklan cepumas
Tapi hepi je
Sebab dapat adik baru
Sebab semua anak2 kawan mama adalah adik2 kitorg
Paling best tadi
Rumah bau Syurga!
3yo baby boy in the house
Habis kena gomol
Hahaha

Kepada yang hadir sepanjang separuh hari ni
Thank you so much
All of u are superb
Sanggup datang dari jauh
Untuk makan dan borak je!
Thank you again

XD

22 Jul 2013

The Power of Doa

Salam 13 Ramadhan 1434H.

Bila tiba saja Ramadhan, umat Islam sedia maklum, yang bulan penuh mulia ini adalah bulan paling sesuai membuat senarai doa. Senarai doa yang kita nak. Bukan bulan lain tak sesuai. Tapi keberkatannya lain sikit. Jadi, apa yang kita perlu buat ialah :

Buat senarai doa 》 minta dengan Allah dengan penuh yakin 》 tawakal dan terus berdoa.

Ada satu kisah benar. Tentang kekuatan doa. THE POWER OF DOA. Senjata orang muslim yang tak boleh dipertikaikan.

So, read and enjoy the story...

Seorang Doktor Pakar kanak-kanak telah dilantik untuk mengetuai satu seminar yang akan dihadiri oleh seluruh doktor pakar lain sedunia di satu bandar di India.Pada hari yang ditetapkan, Dr. Aisyah sampai ke Lapangan Terbang untuk dinaiki yang akan membawanya ke bandar di mana seminar akan diadakan.

Malangnya Kapal Terbang yang bakal dinaiki telah ditangguhkan kerana mengalami kerosakan pada enjin di salah satu sayap.Dengan penuh risau, dia mengadu akan halnya pada pegawai Lapangan Terbang akan betapa pentingnya urusan yang telah diamanahkan padanya di seminar tersebut. Walau apapun yang berlaku dia perlu mencari jalan untuk sampai ditempat yang mahu ditujunya.

Pegawai lalu memberikan cadangan agar dia mengambil kereta dan memandu sahaja ke destinasinya. Bandar yang mahu ditujunya hanyalah mengambil masa 3 jam perjalanan dengan menaiki kereta. Oleh kerana tiada pilihan lain lalu dia pun memandu ke sana dengan keretanya.

Dalam perjalanan, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Keadaan semakin lebat sehingga menyukarkan penglihatan. Dalam perjalanan sukar itu, dia mendapati bahawa dia telah hilang punca dan arah. Dia rasa telah sesat dalam perjalanannya.

Dalam keadaan hujan yang lebat dan kabur, lalu terlihat olehnya sebuah rumah kecil di tidak jauh dari jalan yang sempit itu. Lalu dia menuju ke arah rumah kecil itu, berhenti dan keluar dari kereta dalam keadaan hujan lebat dan mengetuk pintu.

Pintu dibuka dan terlihatlah seorang perempuan tua menjenguk dari dalam. Orang tua itu mempersilakan masuk kerana hujan terlalu lebat dan Dr. Aisyah pun masuk ke dalam. Dia menceritakan halnya yang telah tersesat arah.“Berehatlah sebentar sementara menunggu hujan reda..” cadang wanita tua tersebut.Lalu Dr. Aisyah duduk sebentar menunggu agar hujan reda.

Perempuan tua tersebut lalu masuk ke dalam bilik yang terbuka pintunya. Dia mahu menunaikan solat.Dr. Aisyah hanya melihat dari luar bilik bagaimana perempuan tua itu solat dan akhirnya memberi salam. Di sebelah perempuan tua itu bersolat kelihatan seorang kanak-kanak sedang tidur tidak bergerak. Selepas solat dia menadah tangannya dan mula berdoa.Selesai berdoa dia dilihat menggoyang-goyangkan kanak-kanak yang sedang terbaring di sisinya. Begitulah diulang-ulang perbuatannya sehingga beberapa kali.

Dr. Aisyah melihat dengan penuh minat dan mula timbul rasa ingin tahu apa yang sedang dilakukan oleh orang tua tersebut.Setelah selesai solat dan berdoa, perempuan tua itu datang menemui Dr. Aisyah dan berbual. Lalu bertanyalah Dr. Aisyah siapa kanak-kanak yang sedang tidur tadi dan apakah yang dilakukan olehnya dengan menggoyang-goyangkan badan kanak-kanak itu.

Lalu berceritalah perempuan tua itu bahawa anak kecil itu merupakan cucunya. Dia masih hidup tetapi lumpuh dan tidak sedarkan diri sejak beberapa lama. Dia telah dikunjungi oleh seorang doktor di kampung tersebut yang mengesahkan anaknya masih hidup tetapi tidak dapat dirawat olehnya.Penyakit kanak-kanak itu hanya boleh dirawat oleh seorang pakar kanak-kanak yang tahu dengan mendalam tentang penyakit yang sedang dialami oleh kanak-kanak itu. Tetapi untuk bertemu dan membuat temujanji dengan doktor pakar itu bukanlah sesuatu yang mudah.“Sejak itu saya sentiasa menadahkan tangan berdoa setelah selesai solat agar Allah menemukan saya dengan doktor pakar tersebut,” terang si nenek tua pada Dr. Aisyah.

“Siapakah nama doktor pakar yang diberitahu oleh doktor itu pada makcik?” tanya Dr. Aisyah.

“Namanya Dr. Aisyah,” jawab Makcik tua itu.Terkejut Dr. Aisyah mendengar jawapan itu. Sedarlah dia kenapa dia boleh berada di situ setelah dirintangi dengan pelbagai masalah. Rupa-rupanya Allah sedang mengkabulkan doa si nenek tua itu.

-      -     -     -      -       -       -      -      -       -      -      -      -      -      -      -      -       -       -       - 

Okey.

Sampai sini saja.

Jumpa lagi nanti.

InsyaAllah.

Smile and shine ♥

Picture : Google

19 Jul 2013

The Power of One by Donna Summer

Salam, everyone!

Salam 10 Ramadhan..

Hari ni  nak share lagu yang agak mendalam maksudnya, tinggi motivasinya. Setiap kali dengar lagu ni mesti meremang. Dan mentor cakap masa tengah meremang, ni antara waktu terbaik untuk berdoa. Jadi, apa lagi, minta banyak banyak dengan Allah.

First sekali dengar masa seminar advanced marketing power. Serius, tak pandang kiri dan kanan. Pandang skrin je. Sebab skrin tengah tayang lirik lagu:) Menghayati pun ya juga.

Siapa yang tak pernah dengar boleh cari kat Youtube. Bagi yang pernah dengar, inilah liriknya.

Selamat menghayati maksudnya:)

Till then,
Bye!
X0

The Power of One - Donna Summer

You must always remember

Life can be a challenge
Life can seem impossible
It's never easy 
When so much 
Is on the line
But you can make a difference
With courage 
You can set things right
A gift to dream
And make dreams real
Is yours and mine

The power of one
Begins with believing
It starts in the heart
Then flows through the soul
And changes the world
Imagine how life will be
When we stand in unity
Each of us holds the key
To the power of one

Each of us is chosen
There's a mission just for you
Just look insideyou'd be surprised what you can do

The Power of one
Begins with believing
It starts in the heart
Then flows through the soul
And changes the world
Imagine how life will be
When we stand in unity
Each of us holds the key
To the power of one

Then one by one
We can make the world 
A much better place

The power of one
Begins with believing
It start in the heart
Then flows through the soul
And changes the world
Imagine how life will be
When we stand in unity
Each of us holds a key
It's inside of you and me
Each of us holds the key
To the power of one

The power of one

9 Jul 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum

Ramadhan yang dirindui tiba lagi

Esok bermulalah hari dimana umat Islam di Malaysia berpesta puasa

Malam ini pula bermulalah perhimpunan terawih



Jangan lupa pula niat ye...

Niat untuk sebulan buat

Untuk niat tiap-tiap hari pun kena baca juga


Dan tak lupa juga

Our checklist:)


Saya, Rabiatul Adawiyah binti Ahmad, mengucapkan

Selamat Berpuasa

dan Selamat Menjalani Ibadah Terawih

kepada

semua muslimin dan muslimat

tak kira dimana jua anda berada.

Segala salah dan silap harap dimaafkan

dan

saya maafkan juga semua dosa anda sengaja atau tidak

jika ada:)

Wasalam
X0

21 Jun 2013

When lazy blogger start writing...

Assalamualaikum, semua.

Selamat pagi.

Salam Jumaat.

Huk huk huk.

Batuk la pula. Berhabuk sangat blog saya ni. Ceh, batuk konon. Seriously, tak tahu nak bahasakan diri apa dalam blog ni. Jadi, setelah berfikir panjang, saya nak guna ATUL sebagai peganti diri. Sebab nama penuh ialah Rabiatul Adawiyah binti Ahmad.

Jangan nyanyi ok!

Kalau atul bagitahu nama penuh, confirm orang tu nyanyi lagu Rabiatul Adawiyah. Ahli sufi wanita. Siapa yang tak tahu kisah dia, please ask Mr. Google:)

Kenapa atul? Ada story behind this name. Nama ni 1st time guna masa darjah 6. My fav teacher yang start panggil. Habis satu kelas dia ubah nama. Lawak gila masa tu. Rindu pula dengan En. Anuar Sadat. Kalau nk buat throwback session sampai tahun depan pun tak habis.

Back to the real story. Kenapa jadi lazy blogger? Hahah. Banyak gila kerja. Banyak sangat program, event nak kena pergi.

Dari makmal ke ladang. Dari ladang ke nurseri. Dari pindahkan anak pokok sampailah harvest pokok. Belum masuk lagi nak sediakan barang untuk treatment pokok. Yang dah harvest tu nak kena timbang pula berat basah. Masuk dalam oven bagi ranggup. Lepas tu timbang pula berat kering.

Dalam sibuk-sibuk tu, boleh pula pergi joined Advanced Marketing Power (AMP). Anjuran Richworks. Kelolaan Dr. Azizan Osman yang famous tu. Disebabkan event kat shah alam, hari ibu pun setakat wish je. Sibuk seminar. Nasiblah mama memahami anak sulung dia ni :)

Hari Isnin, kembali semula ke office, sambung balik kerja kat nurseri. Thank God, hari Jumaat tu cuti, Wesak Day! Bolehlah rehatkan badan sikit.

Minggu seterusnya, sambung balik kerja. Dan ditengah-tengah minggu, Atul travelled to Krabi, Thailand! Oh my Gucci. Cuti diwaktukerja tengah banyak. Nak cancel dah tak boleh. Sebab dah booked everything beberapa bulan lepas.

Balik dari cuti, Mama's birthday! Tapi kami semua still trainlag. Bukan jetlag ye. Jetlag untuk siapa yang naik aeroplane. Kami naik KTM je sampai Padang Besar. Nanti, akan ada entri khas untuk Krabi. Insyaallah.

Hari keesokkannya, Israk Mikraj. Yeay! Cuti! Recharge day for me. Dapatlah kerja dengan eloknya hari Jumaat tu, keesokkan harinya.

Tup tup tup

Sampailah last week punya aktiviti. Outstation! First time atul outstation walaupun dah kerja 16 bulan kat sini. Time for gained new experient. 4 hari kat sana. Returned by flight. And that week was the most tiring week.

Sebabnya, hari Isnin sampai Khamis harvesting di stesen. Hari Jumaat pula di ibu pejabat. Mengeringkan pokok-pokok yang kami bawa balik. Sampai je waktu tamatnya kerja, mama mesej suruh jumpa di Mydin Kota Raya. Ya Allah, penatnya badan.

Dan ia tak berhenti setakat itu. Hujung minggu pun macam tak cuti. Mama dan papa ajak pergi event anjuran kelabnya. Pergilah juga. Sampai kawan-kawan mama cakap yang atul ni rajin sangat;)

Minggu ni pun penat gak. Mentally and physically. Sibuk je dalam makmal tak keluar-keluar. Lunch pun dah caca marba. Tak ikut time makan sepatutnya. Plus dengan majlis sempena persaraan Ketua Pengarah.

Finally, Saiyidul Ayam is today! Dan esok cuti! Yabedabeduuu:)

Hari ni pun kerja tak banyak. Juat key in data. Gampang.

Dah la tu. Cukup cukup sudah. Sampai disini saja. Jumpa lagi di lain entri. Terima kasih pada yang sudi baca entri panjang berjela ni. Lama tak menulis, ginilah jadinya.

Smile always everyone.

Dont forget dhuha okey!

Till then. Bye bye. X0

5 May 2013

PRU13

Assalamualaikum, semua
Macam mana hari ni?
Buat yang mengundi kali pertama
Seperti saya
Ini semestinya pengalaman baru
Kena beratur panjang
Dengan jari telunjuk dicat biru
Alhamdulillah, suasana di Sekolah Agama Jalan Bahagia 5 aman
Tak ada sebarang kekecohan
Alhamdullillah
Siap terserempak dengan kawan lama
Ada yang kenal ada yang macam familiar saja
Tapi tengok dari jauh je
Hehehe
Yang pasti
Pasti semua dah tak sabar nak tahu keputusannya kan
Keputusan yang dibuat setiap 5 tahun
Keputusan yang menentukan siapa yang bakal memegang tampuk pemerintahan
Keputusan yang menentukan siapa yang bakal berkhidmat untuk kita
Ya, berkhidmat untuk kita
Kita kan penentu masa depan negara
Suara kita hak kita
Pasti semua dah pilih yang terbaik untuk berkhidmat di kawasan masing-masing
Kita doakan sahaja yang terbaik untuk negara kita
Kepada semua calon
Menang kalah itu adat
Kepada yang menang
Jalankanlah amanah yang kami berikan dengan sepenuhnya
Kepada yang kalah
Jangan pula mengutuk yang menang
Mungkin ada kekurangan di sana sini
Kepada semua pengundi berdaftar
Terimalah keputusan pilihanraya kali ini
Dengan berlapang dada
ALLAH tak akan benarkan sesuatu perkara berlaku tanpa sebab
Pasti ada hikmah disebaliknya
Kepada bakal wakil rakyat
Adun Chempaka dan Parlimen Pandan
Selamat berkhidmat
5 Mei 2013 dalam sejarah | I♥Malaysia

10 Apr 2013

My New Love - Marshmallow

Assalamualaikum, everyone

Good Afternoon

Lama sangat tak update blog. Genap sebulan. Fuh, dasyat juga. Kena buat azam baru lah nie. Update one a week ke kan. Asalkan tak berhabuk.

Nak cerita sikit apa yang suka sangat buat sejak akhir-akhir ni.

(^_^)

Lately, I'm too addicted to marshmallow!!!

Sangatlah gila dengan benda yang sweet spongy tu sampai tiap-tiap hari surf internet pasal mallow ni sampai orang lain naik muak dah tengok .

Setiap 2 minggu, mesti teringin nak buat dan makan.


Ni semua bahan-bahan yang digunakan untuk buat dip choc marshmallow

BBQ Marshmallow (saiz extra large)
Coklat masakan
Chocolate rice
Sprinkles yang berwarna-warni
Toothstick / Lollipop stick



Dan

Tadaaa....

Ni lah hasilnya


marshmallow with
choc rice
and 
colourful rice


marshmallow
with
love, alphabet sprinkles



Sedapnyaaaaaa.....

My Marshmallow
are
Spongy in your hand, Melt in your mouth!



Dan.....ini pula small twist marshmallow


untuk makan depan tv

hehe

okeylah, sampai sini aje lah

Jumpa lagi!

Salam :)



8 Mar 2013

Today is our day, ladies!

Assalamualaikum, ladies.

Salam Jumuah...

Alhamdulillah, we still alive in this barakah day - Jumaat.

And today is our special day.

Only for girl, women, ladies...

8 March is WOMEN INTERNATIOAL DAY!

So, ladies, HAPPY WOMEN'S DAY!!!

Don't forget to SMILE ladies. Its our sadaqah. :)

Reminder for myself ::: Only do a good things/deeds today...In Sha Allah...

7 Mar 2013

My birthday present...

Assalamualaikum...

Tahun ni umur beranjak 1 tahun lagi.

Bulan ni genap 25 tahun.

Hari ni, sudah 25 tahun 2 hari.

Kejap je rasa. Cepat betul masa berjalan.

5 Mac hari tak sambut pun. Ada adik2 je kat rumah. Parents - busy. Huhuhu...so, as an independent childs and I'm too lazy to cooking on that night, we just hang out kat kedai makan dengan rumah.

Depan bilik my brother before enter bathroom...

Me : "Korang buat apa ni?" Terus masukkan kepala kat celah pintu, since my lil sisters jadi guards depan pintu. Then, something catch my eyes. "Sejak bila lak ko baca novel cinta ni?"

Brother : Alamak, kantoi. Adik la ni, buka pintu buat pe. Tengok along dah tahu.

Okey. Faham dah. Novel tu bukan tuk dia. Dia pun sibuk tengah balut novel tu dengan A4 colour paper.

Seingatnya la, sehari sebelum tu, I just request gift from my lil sisters. Saje nak tahu, apa diorang nk bagi.

That I'm bad? I'm believe that I'm a good sister;p Perasan sungguh. Hahaha.

And the birthday gifts from my lil sisters are not bad. So cute. Tempat letak paper and little teddy bear keychain.

Entah mana budak kecil 2 orang tu beli. Its catch my eyes. So lovely.

End story here.

Bye. Wasalam.

Note to myself ::: Already promise my cousin's wife to update the story of the novel. So, cepat baca sebelum jadi expired story;)

Vacation again ???

Assalamualaikum

Hello!

Dah makan tengah hari:) Jangan makan then terus tido dah la. Nabi tak suka tao orang yang tidur dalam kekenyangan. Orang tua-tua pula kata nanti perut buncit. Huhuh sapa yang nak perut buncit. Perempuan lak tu. Huduh tau.

Back to the story that I want to share earlier - Vacation or Travel!!! (Dah lah travel gi Beijing tak share lagi, dah tambah lagi 1 cerita...cubalah rajin sikit Cik Rabiatul oii)

Mama : Nanti mama nak rm200 ye? Nak bayar deposit pergi KRABI. Nak bayar rm600 terus pun boleh. Kalo bayar rm200 x 3 pun boleh.

Alamak, bukan tak jadi pergi ke hari tu. Back to old plan ke? Tak tahu pun.

Terbaik la. Duit dah dicampak masuk ke tempat lain dah. Kat Maybank tinggalkan seratus je. Untuk duit belanja. Mana tah nak cekau duit ni.

Me : Mama nak bila?

Mama : Hari ni. Esok pun boleh.

Lagi parah. Kena guna duit slm BSN lah gamaknya. Kat akaun yang lain, kena pakai buku. Takkan nak keluar opis semata-semata ak keluarkan duit. Big NO here.

Me : Nanti along bagi kad BSN, mama tolong cucukkan la.

Mama : Dah tutup akaun Maybank ke?

Alahai, kena cerita mana duit pergi. Dah lah bab duit ni malas sikit nak cakap. Huhuh. Duit tak cukup senyap, duit berkepuk pun senyap. Yang diorang tau selama ni duit I sentiasa ada. Kalau diorang nak duit pun just ask, nanti dapatlah. Ala, duit boleh dicari. Family ada yang tu je pun.

Me : Tak la. Ada je. Maybank tinggal seratus je. Duit belanja. Duit lain dah pindah masuk ASB, TH, akaun bank lain.

Mama : ok

Risau anak dia yang kaki shopping ni habiskan gaji awal la tu. Nasiblah I dah campak masuk duit kat tempat lain, kalau tak, mahunya jiwa kacau sekarang ni plus kena kuliah zohor 'cara - cara nak guna duit sebaiknya.'

No worries, mama. I'm good in managing my money (ayat nak sedapkan hati sendiri. Poyos sungguh.)

So, KRABI. Wait for us;p

2 and half month to go.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami semua. Amin.

Note to myself ::: Simpan duit untuk membeli belah:)

25 Feb 2013

Hilang!!!!

Assalamualaikum, my lovely friends...
Hari ni adalah hari paling gila dalam hidup. This morning patutnya kena hadiri satu seminar yang I just need to pay 9.90 ringgit Malaysia. So, punya excited. Habis Subuh tak tidur balik dah. Selalunya tidurlah kejap then pukul 8.00 bangun balik. Hari tak da. Siap kemas beg lagi. Masukkan pen dan buku nota. Benda wajib tu. Kalau tak nak tulis dengan apa dan nak catat kat mana kan. Masukkan Note 10.1 dan hp. Masukkan kunci rumah. Earphone. Yang penting, anything important, semuanya I masukkan dalam beg. Tak nak kelam kabut last minit lah katakan. I kan suka sangatttt buat kerja last minit. Habit yang nak dikurangkan di kala ini tapi still tak jumpa petua yang sesuai. Dalam tengah kemas-kemas, siap fikir lagi nak pakai baju apa. Excited sangatttt lah katakan. Dah lama tak pergi seminar dan first sekali I dengar ada seminar yang murah and I pay by myself:)
Dalam sibuk fikir sambil kemas, terlintas nak tengok duit tinggal berapa. Nanti kat BTS boleh cucuk. Gaji pun dah masuk Jumaat lepas. Apa lagi kan. Mungkin lepas tu boleh pergi shoppinggggg. I like shopping. Ibarat gambar kat wall Dr. Halina, shopping is my cardiac. Huhuhu. Plan panjang je. Masa tu la baru perasan, dompet tak ada dalam senarai barang yang diletakkan dalam beg. Hah sudah. Mana pula beg duit ni. Dah la IC dalam tu . Kang tak pasal-pasal oramg kata aku pendatang haram lak. Habis semua beg diselongkar. Siap buat imaginasi keadaan dari hari Jumaat lagi. Nak dapatkan gambaran last time I hold my wallet.
Jumaat
Pagi
Hari tu busy gila. Sampai hp pun tertinggal kat rumah. Dah sampai ktm baru teringat, bila check dompet kempis je, confirm la tinggal. Takkan nak patah balik kan. Kerja gila tu. And dompet always in my hand. Sebabnya kad touch n go kat dalam tu.
Tengah hari
Pergi makan tengah hari dengan Kak Ed, Kak Hanisa, Kak Wawa and Aizah. Bayar pakai duit sendiri. So, dompet tu still alive!!
Balik office, tolong Kak Jah dan seorang kakak yang tak tahu namanya siapa, just tahu dia anak saudara En. Hamzah je. Masa tu, letak dompet atas meja. Tapi lepas habis tolong tu, tetus pergi lab, sambung kerja.
Petang
Can't remember exactly the whole thing. Rasanya, dalam pukul 4.30pm dah siap kemas barang, then 445pm dah naik surau untuk asar, siap bawa beg sekali naik surau. So, lepas solat, boleh terus balik.
Sampai rumah : terus letak beg, lepas tu tengok tv
The story on Friday end here...
Sabtu
Tak sentuh beg langsung...
Ahad
Pagi
Mengelabah cari dompet.
Seminar - CANCEL
Wedding anak Hj. RASALI - terus mesej Kak Sam, sebab dah janji hari  Jumaat tu, kalau I'm free boleh join dia then dia ambil kat tempat biasa. Explain, explain, mesej and mesej. Then, Kak Sam ajak masuk office, cari. I agreed. Dah terdesak. Siap angkut all my sisters join me.
Tengah hari
Mengeledah lab, bilik mesyuarat, surau dan ARORA. Tapi still tak jumpa. Wah, aku dah bertambah gilaaaaaaaa........Disebabkan tak jumpa, terus pergi Presint 8. Makan lagi bagus. Gula dalam badan pun dah kurang.
Petang
Singgah TBS BTS. Keluarkan duit (Nasib baik kad atm diselitkan pada Note 10.1). Kalau tak, esok tak pergi kerjalah jawabnya. Dah nampak duit banyak, terus pergi shopping. Bukan window je. Habiskan rm70 kat CK Rahim je.
Sampai rumah dalam 5.00pm
Malam
Geledah lagi atas katil, dalam beg, semua sudut dalam bilik. Siap boleh lipat baju lagi. Then, sebab dah geram sangat, I berNAZAR
"AKAN PUASA SEMINGGU KALAU JUMPA DOMPET"
Lepas nazar, terus kemas backpack yang selalu bawa pergi office. Masa raba-raba beg, terasa tempat letak laptop tu tak rata. Bila seluk je tangan, tadaaaaa I found my wallet!!!!! Arghhhhhh!!!!!
Tak pasal-pasal kena puasa seminggu. Dah lah puasa Ramadhan hari tu tak habis ganti lagi. Arghhhhh!!!!!
Ps : Ni bukan pertama kali dompet ni hilang. First time dulu, kat lab. Bikan hilang pun, tapi misplace. Macam orang gilaaaaa cari dompet, sebab kenangkan nak balik nanti tak ada duit nak buat tambang bas. Masa jumpa balik tu siap buat sujud syukur lagi dalam lab. Nasib tak ada orang perasan. Huhuhu.
Pss : This time, dompet hilang tak lah segelabah dulu. Siap boleh keluar rumah tanpa IC pergi Putrajaya lagi. Memang kali ini tenang gila. Siap plan lagi, nanti nak minta perlepasan dari bos, nak buat IC baru. Tak sampai setengah jam pun, sepuluh minit pun tak, lepas nazar, terus jumpa. Aigoo...
Pss : Adakah kena bernazar juga untuk buku bank, buku tabung haji, buku asb dan segala macam lagi yang diletakkan dalam satu beg yang turut misplace/hilang supaya dijumpai semula? Oh tidakkkk!!!

14 Feb 2013

"Because Your Wife DOES NOT WORK....???"


A husband complains for feeling tired... tired and tired.... and wants his wife help him on earning money by also working, because so far he thinks that his wife is 'not working'.

Following are Question and Answer between The Husband (H) and The Psychologist (P):

P : What do you for a living Mr. Bandy?
H : I work as an Accountant in a Bank.

P : Your Wife ?
H : She doesn't work. She's a Housewife only.

P : Who make breakfast for your family in the morning?
H : My Wife, because she doesn't work.

P : At what time your wife wake up for making breakfast?
H : She wakes up at around 5am because she cleans the house first before making breakfast.

P : How do your kids go to school?
H : My wife take them to school, because she doesn't work.

P : After taking kids to school, what does she do?
H : She goes to the market, then go back home for cooking and laundrying clothes. You know, she doesn't work.

P : In the evening, after you go back home from office, what do you do?
H : Take rest, because i'm tired due to all day works.

P : What does your wife do then?
H : She prepares meals, serving our kids, preparing meals for me and cleaning the dishes, cleaning the house then taking kids to bed.

From the story above, who do you think work more???

The daily rounities of your wives commence from early morning to late at night. That is called 'DOESN'T WORK'??!!

Yes, Being Housewives do not need Certificate of Study, even High Position, but their ROLE/PART is very important!

Appreciate your wives. Because their sacrifices are uncountable. This should be a reminder and reflection for all us to understand and appreciate each others roles. Understanding and Appreciating each other will make each person feel Happy.

Remember also that our Prophet (SallAllaahu 'Alayhi Wa Sallam) used to help his wives on house working:

It is narrated on the authority of Abu Hurayrah (radiyAllaahu 'anhu) that he said: I asked 'Aa`ishah (radiyAllaahu 'anha) what the Messenger of Allah (SallAllaahu 'Alayhi Wa Sallam) used to do in the house. She said: ► "He used to help with the housework and when it was time to pray he would leave for the prayer " [Al-Bukhari: 676]

Copy n paste from ILoveAllaah.com Webpage

Ps ::: Not only you need to appreciate your wife but pleaseee appreciate your mother too. They do all the work without ask for either any help from you or your compliment. Don't complaint if her cook not delicious like before.  Just be nice to her. Just recite du'a for her. Just love her because her love is an unconditional.

Pss::: Mama, I Love U♥♥♥. Papa, I Love U too ♥, but after mama...heheh

4 Feb 2013

Mesyuarat...

Assalamualaikum, semua...

Pagi Isnin minggu ini dimulakan dengan mesyuarat bersama KP. Mula jam 9 pg dan patut habis jam 11 tapi berlanjutan hingga 12 tghr sebab sesi Q&A panjang dan banyak perkara berbangkit.  Then, lunch time. Tapi terlupa nak ambil pic makanan(Standard Rabiatul la...semua tempat punya makanan nak ambil kan...) Yang ada pics sebelum n semasa meeting...takpe la kan...sebagai kenangan.

Wasalam.

1 Feb 2013

Setahun sudah

Assalammualakum, everyone!!!

Sedar tak sedar, dah setahun kerja kontrak kat sini...
Tak sangka...
Rasa macam baru je kerja...
Rasa macam baru je belajar segala pokok yang perlu dikaji...
Rasa macam banyak lagi benda tak tahu...
Rasa macam banyak lagi nak kena belajar pasal pokok, bacteria, dsb...
Segala macam rasa ada...
Serius tak sangka sungguh...
Pantas subgguh masa bergerak...

Selalunya bila tiba tahun baru, orang buat azam baru kan...
So, nak buat jugak la...
Dr. Azizan Osman aka DOA kata kalau nak tulis azam or matlamat, jangan tulis 'saya nak'...
Memang sampai bila-bila pun akan jadi saya nak...
Maknanya kita memang tak dapat2...

Jadi, macam nie tulisnya...
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya dah dapat kerja tetap yang saya idam-idamkan sangat, menjadi seorang yang tahu bersyukur, anak yang solehah dan mendengar nasihat (sebab suka sangat lawan cakap syurga dunia a.k.a mama...hehehe...mampu ke?).

21 Jan 2013

Tahniah?

Assalammualaikum...

Ingat lagi tak masa dulu, dimana heboh pasal mesej yang bermula dengan ayat "Tahniah sim kad anda...". Lepas balik kelas tadi dapatlah dua mesej. Salah satunya adalah 'mesej yang nak bodohkan orang tapi tak jadi'. Masa dapat mesej ni rasa nak gelak je. Siap bagi tahu jiran sebelah, tepi dan depan meja lagi. Hishhh wujud lagi rupanya benda ni. Kepada siapa yang buat tu bertaubat lah. Tak ada faedahnya.

Peace no war ('_')v

Wasalam...

14 Jan 2013

Gajet

Assalammualaikum, semua...

Bulan lepas memang jadi bulan shopping sakan...Mana taknya, gaji keluar dari poket tu macam air je...Bukannya beli baju or beg, tapi beli 3 gajet ni. Betul2 before pergi Beijing. Gila betul! Mama sampai tak boleh nak kata apa dah...huhuhu...Papa memang takkan cakap apa la sebab anak perempuan sulung dia memang macam ni:)

Ps::: Pictures taken from Google and exactly same like mine...

11 Jan 2013

Pagi Jumaat

Salam Jumuah everyone!!

Pagi-pagi tadi, mama dah kukuskan our breakfast - montau! My fav. Teringat pula masa kat Beijing dulu, tiap2 hari sarapan dengan mantau. Tapi mantau dia kecik je. Kena ambil 3 biji, then cicah dengan susu, barulah kenyang. Kalau kat Malaysia ni, semuanya besar2 belaka. Makan 1 je pun dah kenyang.

Ps:::Nanti kalau ada rezeki bolehlah singgah Sri Serdang, makan pau yang Kak Wawa kata sedap tu...nyummy :)

8 Jan 2013

Winter@Beijing - Bahagian 1


Assalammualaikum,

Inilah muka-muka yang join sekali pergi ke Beijing baru-baru ni. 
55 0rang. Ramai giler. Siap kena seperate jadi 2 group with different tour guide. 
The best thing is I was going there with deaf peoples. 
They can't hear you. And they can't speak. You want talk to them - use their language.
Only sign language!!
Very enjoyable moments plus a little bit of stress. heheh. 
I will tell the story later.
Wasalam...



di tengah-tengah Tian An Men Square
Day 1



sebelum mendaki tangga Tembok Besar
Day 3

photo taken from NESDA

6 Jan 2013

Nikmat

Assalammualaikum, everyone...

Dah lama sangat tak update blog, yg sebelum ni semuanya scheduled entries...dasar pemalas kan...heheh...Tak kisahlah,Asalkan blog nie still active...

Back to the title...Banyak sangat nikmat yang Allah bagi, sampai tak terkira banyaknya...And now, some of the 'nikmat' yang Allah bagi tu, Allah tarik balik

nikmat sihat (kepala tak berapa nak sihat) tapi tak apalah, sakit kan alat untuk cuci dosa...

nikmat sedapnya dapat makan (makan sikit je sekarang nie...tak ada selera langsung) ambil nasi pun sikit je, berjimat sungguh...sampai satu tahap tu, makan dengan geng opis, belanja RM3 je...tu bukan harga nasi je tau...tu harga nasi + air limau suam...so, boleh bayangkan tak berapa banyak nasi yang diambil...

So, kesimpulannya, lepas ni silalah bersyukur dengan semua nikmat yang Allah bagi tu, wahai Rabiatul Adawiyah. Dan letak Allah dalam semua perkara ye...

#demam pun makin kurang...alhamdulillah...

#fromBeijing - minggu memberi souvenier =)