18 Feb 2012

Kembalinya....

Assalamualaikum...

Akhirnya, selepas 5 bulan yang sibuk, muncul juga saya kat sini. Muncul dengan semangat dan azam yang baru. mana tidaknya, saya baru dapat kerja baru selepas lebih kurang dua bulan buat part time kat sebuah mall ni. itu pun bukannya kerja tetap. Digelar 'Pekerja Upahan Harian'. Apakah itu? ia lebih kurang macam part time jugalah, tapi lain sikit. Kerja ini dibayar gaji hari, maknanya kalau tak datang kerja kira burn lah gaji satu hari itu. Tapi kerja kat sini membolehkan kita diserap sebagai pekerja tetap. Jadi doa-doakan lah saya dapat status sebagai pekerja tetap tu ye saatu hari nanti.

Ada beberapa kelebihan saya setuju diambil berkerja sebagai "Pekerja Upahan Harian'

  1. Saya dapat buat apa yang saya nak buat sejak dulu. Terlibat dengan perkara yang saya suka iaitu buat kajian (research). Apatah lagi, apa yang saya buat sekarang lebih kurang apa yang saya buat dan belajar kat uni dulu.
  2. gaji saya lagi tinggi dari part time dulu. (wajib untuk bolehkan saya bayar hutang masa belajar dulu. bayarlah sebelum kena blacklist kan...hehehe)
  3. dapat makanan free...disebabkan saya kerja dekat company yang terlibat dengan pertanian, merasalah saya makanan fresh dari ladang kan.
  4. kerja hanya pada hari biasa iaitu isnin sampai jumaat. Dan Sabtu, Ahad dan Cuti umum, dapatlah saya buat apa yang saya suka.
Namun, ada beberapa perkara yang mencabar...
  1. Saya kena keluar rumah selepas subuh....gaya macam zaman pergi sekolah dulu je...sebab zaman sekolah dulu, papa akan kejut saya dan adik-adik bangun sebelum subuh lagi, dan akan keluar rumah lepas subuh sebab papa nak kena hantar kami di sekolah yang berlainan. Yalah, ada yang sekolah menengah, ada yang sekolah rendah.
  2. Saya kena naik 3 jenis public transport untuk sampai kat tempat kerja...LRT, KTM, bas or taxi...lengkap semua public transport saya naik satu hari.
  3. Kadang-kadang saya kena turun ke ladang untuk buat kerja-kerja buruh. perkara yang saya tak buat sepanjang umur hidup ini. inilah pertama kali kena tanam pokok dari peringkat biji benih lagi. selalunya, pokok tu dah besar barulah saya jaga.
Walau apappun, Setiap perkara pasti ada keburukan dan kebaikan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Saya sangat yakin hikmahnya pasti tiba tidak kira cepat atau lambat, sama ada kita sedar atau tidak. Tidak semua perkara cantik sahaja kan. Kita mesti positif dalam menghadapi setiap perkara. Setiap langkah itu mesti yakin yang Allah sentiasa bersama kita.