3 Jan 2014

Tahun 2014 saya adalah Tahun yang GEMILANG


Assalamualaikum
Salam 1 Rabiul Awwal 1433H. Ini bermakna dalam tahun Islam, kita dah masa bulan ke-2.
Dalam tahun Masihi pula, hari ini adalah Jumaat pertama dalam tahun baru.

Hari ini masih dikira sebagai minggu pertama. Mungkin ada yang diluar sana yang terumbang ambing lagi dalam menulis azam / hala tuju pada tahun 2014. Jadi, Rabiatul kongsikan satu email yang Rabiatul dapat dari Mentor Pemasaran No 1 Asia, Dr. Azizan Osman. Mungkin ini dapat membantu dalam merencana hala tuju yang baru tahun 2014 ini.

Akir kata,
Selamat mengimbas masa silam
Selamat mencipta masa hadapan
:)

-Rabiatul-




Gambar : Google

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Copy and paste dari email Dr. Azizan Osman

2014 - Jadikan ia Tahun yang GEMILANG!
 
Hari ini, adalah hari pertama dalam tahun 2014. Ini merupakan peluang yang terbaik bagi diri kita untuk merangka pelan kehidupan yang baru di mana pelan ini mempunyai harapan yang tinggi untuk mencapai kejayaan dan kekayaan hidup di dunia dan akhirat. Hanya orang yang berani sahaja akan merangka pelan ini untuk memajukan diri terus kehadapan.


 
Mari bermula dengan membuat senarai semak (checklist) resolusi bagi tahun 2013. Kenal pasti perkara yang tidak dapat ditunaikan dan mencari punca kenapa ia tidak dapat diselesaikan. Kemudian, baru kita membuat senarai semak yang baru bagi tahun 2014. Tuliskan seberapa banyak yang kita inginkan serta pelan tindakan yang terperinci bagi mencapainya. Disiplin dan fokus merupakan asas yang diperlukan bagi merangka resolusi tahun 2014 ini.  
     
Saya telah merangka pelan resolusi saya dalam bentuk jurnal. Setiap pagi selesai solat, saya akan mengeluarkan jurnal Big Dreams saya dan menulis sepuluh jenis idea yang mempunyai potensi besar dalam membantu meningkatkan perniagaan, kesihatan, keberkatan, kesyukuran, kekayaan dan kejayaan di dalam hidup saya.

Di sini saya ingin berkongsi tujuh persoalan penting yang kita semua perlu mengambil masa daripada jadual sibuk kita untuk dijawab. Kajian akhir tahun berkaitan kehidupan anda sepanjang tahun adalah iringan yang sempurna untuk penetapan matlamat dan rancangan tahun 2014. Tuangkan secawan minuman kegemaran anda, duduk di kerusi kegemaran anda, dan tulis jawapan anda kepada soalan yang berikut:


1) Apa yang telah berubah sepanjang tahun 2013?
2) Apakah perkara-perkara yang luar biasa dalam hidup anda tahun ini?
3) Di manakah kekurangan anda?
4) Apa yang anda belajar mengenai diri anda atau orang di sekeliling anda yang anda tidak tahu sebelum ini?
5) Apakah aspek dalam hidup anda yang memerlukan transformasi?
6) Adakah anda akan terus memberi tumpuan kepada sesuatu yang anda mulakan di sini?
7) Bolehkah anda menjaga disiplin diri dalam aspek lain, seperti perkahwinan, bersenam, kerjaya, kehidupan sosial anda, kerohanian dan sebagainya?

Habiskan masa berfikir tentang diri anda dan soalan-soalan ini. Ia akan membantu anda mengenal pasti kesilapan masa lalu dan bagaimana anda boleh bertukar ke 2014, tahun di mana anda mungkin menjadi jutawan, bertambah sihat, menyalakan semula hubungan peribadi yang penting, atau menambah nilai dalam kehidupan orang lain.

Ini adalah perkara yang jutawan lakukan.

Ia mungkin tidak selesa.

Tetapi setiap minit itu akan menambah nilai kehidupan anda.

Jangan menyesal dan merungut kesilapan lalu kerana ia tidak akan membawa anda ke mana-mana. Sebaliknya, fokus pada apa yang anda boleh dan akan lakukan hari ini, esok, dan seluruh hidup anda, dan semua perkara-perkara besar yang akan berlaku kerana tindakan anda.



Jangan tunggu untuk 'masa yang betul' atau sehingga ia terlalu lewat untuk mengambil tindakan ke atas matlamat anda. Jika ada sesuatu yang anda benar-benar mahu lakukan, jika ada impian yang anda ingin capai atau merubah dalam kehidupan, cari jalan untuk melakukannya sekarang.
Bukannya menunggu, terus mulakan.

Beri tumpuan untuk menggantikan tabiat buruk dan corak pemikiran yang negatif, satu demi satu, dari masa ke masa dengan tabiat yang baik dan positif. Setiap langkah itu akan membawa kepada perubahan yang kuat dalam hidup anda.

Semua yang anda lakukan akan mendekatkan atau menjauhkan anda daripada matlamat anda.

Jadi apakah tindakan anda hari ini?


No comments:

Post a Comment