9 Sep 2013

Night Prayer

Assalamualaikum,

Dah bersedekah pada sendi-sendi anda ke?
Apa tu?
Solat Dhuha lah. Jangan ditinggal tao.
Tu salah satu cara jemput rezeki cara halus
Tanpa pakai bomoh pawang dan seangkatan dengannya.

So, apa kaitan dengan solat malam.
Ntah la
;p

Cuma malam tadi, bukalah REFLECTION
kat TVAlhijrah tu
dia cerita pasal surah yang bermaksud DAY & NIGHT
ayat first dah cerita pasal bangun malam

Okey
Dah kena batang hidung sendiri
sebab dah berkurun tinggal tak buat
Tanpa sebab kukuh lak tu!
Adush
Memanglah terasa:(

Pagi ni pula
Checklah email
rutin setiap pagi yang tak boleh nak tinggal
tekan satu satu 
bacalah setiap satu email tu

Tetiba.....
Dapat email dari Hadith of the Day
pasal NIGHT PRAYER!

Reported by Al-Mughirah bin Shu'bah: The Prophet (peace be upon him) used to perform night prayers until his feet became swollen. Somebody said to him: “You bear so much while Allah has forgiven your past and future sins.” He (peace be upon him) said: “Should not I be a grateful servant of Allah?”
(Bukhari and Muslim)
Allah,
terasa bertambah-tambah
Memang aku jenis tak bersyukur ke?
Nauzubillah min zalik

Sedangkan Nabi yang maksum pun buat Solat Malam
sampai Aisyah, isteri Rasulullah pun tanya juga
tapi
Rasulullah kata dia nak zahirkan rasa syukur kepada Allah

Allah takkan gerakkan tangan aku untuk tekan TV Al-Hijrah malam tadi tanpa sebab
Allah takkan buat aku duduk keruasi paling dekat dengan TV tanpa sebab
Allah takkan aku dengar Imam Schuib Webb tu cakap tanpa sebab
Allah takkan buat email Hadith of the Day muncul kat Gmail aku tanpa sebab
Semuanya mesti ada sebab yang kukuh dan jelas

Allah rindukan aku
Mungkin sebab aku dah lama sangat tak jumpa Dia malam-malam
Lama dah Dia tunggu aku dating dengan Dia
Lama dah Dia tunggu aku menangis, meminta dan merayu
Lama sangat aku tak buat

Tu yang Allah bagi peringatan sampai 2x
Bukan Allah yang menzalimi hambaNya
tapi HambaNya ini yang menzalimi dirinya sendiri



No comments:

Post a Comment