21 Jun 2013

When lazy blogger start writing...

Assalamualaikum, semua.

Selamat pagi.

Salam Jumaat.

Huk huk huk.

Batuk la pula. Berhabuk sangat blog saya ni. Ceh, batuk konon. Seriously, tak tahu nak bahasakan diri apa dalam blog ni. Jadi, setelah berfikir panjang, saya nak guna ATUL sebagai peganti diri. Sebab nama penuh ialah Rabiatul Adawiyah binti Ahmad.

Jangan nyanyi ok!

Kalau atul bagitahu nama penuh, confirm orang tu nyanyi lagu Rabiatul Adawiyah. Ahli sufi wanita. Siapa yang tak tahu kisah dia, please ask Mr. Google:)

Kenapa atul? Ada story behind this name. Nama ni 1st time guna masa darjah 6. My fav teacher yang start panggil. Habis satu kelas dia ubah nama. Lawak gila masa tu. Rindu pula dengan En. Anuar Sadat. Kalau nk buat throwback session sampai tahun depan pun tak habis.

Back to the real story. Kenapa jadi lazy blogger? Hahah. Banyak gila kerja. Banyak sangat program, event nak kena pergi.

Dari makmal ke ladang. Dari ladang ke nurseri. Dari pindahkan anak pokok sampailah harvest pokok. Belum masuk lagi nak sediakan barang untuk treatment pokok. Yang dah harvest tu nak kena timbang pula berat basah. Masuk dalam oven bagi ranggup. Lepas tu timbang pula berat kering.

Dalam sibuk-sibuk tu, boleh pula pergi joined Advanced Marketing Power (AMP). Anjuran Richworks. Kelolaan Dr. Azizan Osman yang famous tu. Disebabkan event kat shah alam, hari ibu pun setakat wish je. Sibuk seminar. Nasiblah mama memahami anak sulung dia ni :)

Hari Isnin, kembali semula ke office, sambung balik kerja kat nurseri. Thank God, hari Jumaat tu cuti, Wesak Day! Bolehlah rehatkan badan sikit.

Minggu seterusnya, sambung balik kerja. Dan ditengah-tengah minggu, Atul travelled to Krabi, Thailand! Oh my Gucci. Cuti diwaktukerja tengah banyak. Nak cancel dah tak boleh. Sebab dah booked everything beberapa bulan lepas.

Balik dari cuti, Mama's birthday! Tapi kami semua still trainlag. Bukan jetlag ye. Jetlag untuk siapa yang naik aeroplane. Kami naik KTM je sampai Padang Besar. Nanti, akan ada entri khas untuk Krabi. Insyaallah.

Hari keesokkannya, Israk Mikraj. Yeay! Cuti! Recharge day for me. Dapatlah kerja dengan eloknya hari Jumaat tu, keesokkan harinya.

Tup tup tup

Sampailah last week punya aktiviti. Outstation! First time atul outstation walaupun dah kerja 16 bulan kat sini. Time for gained new experient. 4 hari kat sana. Returned by flight. And that week was the most tiring week.

Sebabnya, hari Isnin sampai Khamis harvesting di stesen. Hari Jumaat pula di ibu pejabat. Mengeringkan pokok-pokok yang kami bawa balik. Sampai je waktu tamatnya kerja, mama mesej suruh jumpa di Mydin Kota Raya. Ya Allah, penatnya badan.

Dan ia tak berhenti setakat itu. Hujung minggu pun macam tak cuti. Mama dan papa ajak pergi event anjuran kelabnya. Pergilah juga. Sampai kawan-kawan mama cakap yang atul ni rajin sangat;)

Minggu ni pun penat gak. Mentally and physically. Sibuk je dalam makmal tak keluar-keluar. Lunch pun dah caca marba. Tak ikut time makan sepatutnya. Plus dengan majlis sempena persaraan Ketua Pengarah.

Finally, Saiyidul Ayam is today! Dan esok cuti! Yabedabeduuu:)

Hari ni pun kerja tak banyak. Juat key in data. Gampang.

Dah la tu. Cukup cukup sudah. Sampai disini saja. Jumpa lagi di lain entri. Terima kasih pada yang sudi baca entri panjang berjela ni. Lama tak menulis, ginilah jadinya.

Smile always everyone.

Dont forget dhuha okey!

Till then. Bye bye. X0

No comments:

Post a Comment