25 Feb 2013

Hilang!!!!

Assalamualaikum, my lovely friends...
Hari ni adalah hari paling gila dalam hidup. This morning patutnya kena hadiri satu seminar yang I just need to pay 9.90 ringgit Malaysia. So, punya excited. Habis Subuh tak tidur balik dah. Selalunya tidurlah kejap then pukul 8.00 bangun balik. Hari tak da. Siap kemas beg lagi. Masukkan pen dan buku nota. Benda wajib tu. Kalau tak nak tulis dengan apa dan nak catat kat mana kan. Masukkan Note 10.1 dan hp. Masukkan kunci rumah. Earphone. Yang penting, anything important, semuanya I masukkan dalam beg. Tak nak kelam kabut last minit lah katakan. I kan suka sangatttt buat kerja last minit. Habit yang nak dikurangkan di kala ini tapi still tak jumpa petua yang sesuai. Dalam tengah kemas-kemas, siap fikir lagi nak pakai baju apa. Excited sangatttt lah katakan. Dah lama tak pergi seminar dan first sekali I dengar ada seminar yang murah and I pay by myself:)
Dalam sibuk fikir sambil kemas, terlintas nak tengok duit tinggal berapa. Nanti kat BTS boleh cucuk. Gaji pun dah masuk Jumaat lepas. Apa lagi kan. Mungkin lepas tu boleh pergi shoppinggggg. I like shopping. Ibarat gambar kat wall Dr. Halina, shopping is my cardiac. Huhuhu. Plan panjang je. Masa tu la baru perasan, dompet tak ada dalam senarai barang yang diletakkan dalam beg. Hah sudah. Mana pula beg duit ni. Dah la IC dalam tu . Kang tak pasal-pasal oramg kata aku pendatang haram lak. Habis semua beg diselongkar. Siap buat imaginasi keadaan dari hari Jumaat lagi. Nak dapatkan gambaran last time I hold my wallet.
Jumaat
Pagi
Hari tu busy gila. Sampai hp pun tertinggal kat rumah. Dah sampai ktm baru teringat, bila check dompet kempis je, confirm la tinggal. Takkan nak patah balik kan. Kerja gila tu. And dompet always in my hand. Sebabnya kad touch n go kat dalam tu.
Tengah hari
Pergi makan tengah hari dengan Kak Ed, Kak Hanisa, Kak Wawa and Aizah. Bayar pakai duit sendiri. So, dompet tu still alive!!
Balik office, tolong Kak Jah dan seorang kakak yang tak tahu namanya siapa, just tahu dia anak saudara En. Hamzah je. Masa tu, letak dompet atas meja. Tapi lepas habis tolong tu, tetus pergi lab, sambung kerja.
Petang
Can't remember exactly the whole thing. Rasanya, dalam pukul 4.30pm dah siap kemas barang, then 445pm dah naik surau untuk asar, siap bawa beg sekali naik surau. So, lepas solat, boleh terus balik.
Sampai rumah : terus letak beg, lepas tu tengok tv
The story on Friday end here...
Sabtu
Tak sentuh beg langsung...
Ahad
Pagi
Mengelabah cari dompet.
Seminar - CANCEL
Wedding anak Hj. RASALI - terus mesej Kak Sam, sebab dah janji hari  Jumaat tu, kalau I'm free boleh join dia then dia ambil kat tempat biasa. Explain, explain, mesej and mesej. Then, Kak Sam ajak masuk office, cari. I agreed. Dah terdesak. Siap angkut all my sisters join me.
Tengah hari
Mengeledah lab, bilik mesyuarat, surau dan ARORA. Tapi still tak jumpa. Wah, aku dah bertambah gilaaaaaaaa........Disebabkan tak jumpa, terus pergi Presint 8. Makan lagi bagus. Gula dalam badan pun dah kurang.
Petang
Singgah TBS BTS. Keluarkan duit (Nasib baik kad atm diselitkan pada Note 10.1). Kalau tak, esok tak pergi kerjalah jawabnya. Dah nampak duit banyak, terus pergi shopping. Bukan window je. Habiskan rm70 kat CK Rahim je.
Sampai rumah dalam 5.00pm
Malam
Geledah lagi atas katil, dalam beg, semua sudut dalam bilik. Siap boleh lipat baju lagi. Then, sebab dah geram sangat, I berNAZAR
"AKAN PUASA SEMINGGU KALAU JUMPA DOMPET"
Lepas nazar, terus kemas backpack yang selalu bawa pergi office. Masa raba-raba beg, terasa tempat letak laptop tu tak rata. Bila seluk je tangan, tadaaaaa I found my wallet!!!!! Arghhhhhh!!!!!
Tak pasal-pasal kena puasa seminggu. Dah lah puasa Ramadhan hari tu tak habis ganti lagi. Arghhhhh!!!!!
Ps : Ni bukan pertama kali dompet ni hilang. First time dulu, kat lab. Bikan hilang pun, tapi misplace. Macam orang gilaaaaa cari dompet, sebab kenangkan nak balik nanti tak ada duit nak buat tambang bas. Masa jumpa balik tu siap buat sujud syukur lagi dalam lab. Nasib tak ada orang perasan. Huhuhu.
Pss : This time, dompet hilang tak lah segelabah dulu. Siap boleh keluar rumah tanpa IC pergi Putrajaya lagi. Memang kali ini tenang gila. Siap plan lagi, nanti nak minta perlepasan dari bos, nak buat IC baru. Tak sampai setengah jam pun, sepuluh minit pun tak, lepas nazar, terus jumpa. Aigoo...
Pss : Adakah kena bernazar juga untuk buku bank, buku tabung haji, buku asb dan segala macam lagi yang diletakkan dalam satu beg yang turut misplace/hilang supaya dijumpai semula? Oh tidakkkk!!!

No comments:

Post a Comment