30 Sept 2013

Intensif Jutawan Industri 2013

Assalamualaikum, semua!

Good evening!

Apa khabar semua? Yang sihat tu, Rabiatul doakan terus sihat. Yang kurang sihat tu, Rabiatul doakan supaya cepat-cepat sembuh dan kembali ceria;)

Hari ni, Rabiatul nak cerita pasal Intensif Jutawan Industri 2013 yang berlangsung kat PWTC. Tempat berkampungnya 4,200 orang termasuk Rabiatul selama 3 hari kat situ. Fizo Omar pun ada ok!

Dahlah Rabiatul baru je Program Pengantarabangsaan Sekolah Cheras Indah Malaysia-Indonesia. Rehat kejap otak dan badan, terus push otak untuk accept more massive new knowledge!

Tapi tak kisahlah. Yang penting, I'm happy. Melancong dan belajar benda baru adalah benda yang paling suka Rabiatul buat.

Ok. Kembali kepada topik asal. Heheh. Selalu sangat tukar topik;)

Apa yang Rabiatul belajar sepanjang 3 hari ini ialah macam mana nak mulakan bisnes dari tanpa modal atau modal yang sedikit hingga dapat RM 1, 000 000.00 dalam tempoh 3 tahun. 3 tahun tu paling lama bagi Dr. Azizan Osman.

Rabiatul nak cerita apa yang Rabiatul belajar. Tapi...

Dari mana Rabiatul nak mula ye?  Banyak sangat ni...

Belajarnya - Pagi, petang, malam. Esoknya ulang lagi, pagi, petang, malam. Sampai semalam terlambat bangun ;p Mana taknya, habis pukul 11.15pm. Sampai rumah pukul 12pm. Jadi, bayangkanlah pukul berapa Rabiatul lelapkan mata. Semalam je Doc habiskan seawal 4.30 pm. Itukan balik rumah lambat juga, sebab kuatkan networking!

Okeylah...keputusan telah dibuat. Rabiatul mulakan cerita apa yang Doc ajar dari hari pertama, kedua, hingga hari ketiga.

Peringatan : Sila kosongkan gelas minda anda!

Bukan apa, senang sikit nak hadam. Especially budak sains macam Rabiatul ni. Yang susah sikit nak hadam term marketing dan bisnes.

Hari Pertama : 27 September 2013

Sesi pagi Doc tak terus ajar tentang bagaimana nak jadi Jutawan Industri lagi. Doc banyak tekankan The Power of Syukur, The Power of Attraction, The Power of Believe, The Power of Selawat. Doc nak kami semua faham, untuk bahagia dan hidup selesa, tak semestinya jadi kaya. Kaya hanyalah alat! Alat untuk lebih banyak bersedekah. Alat untuk membantu lebih ramai orang. Alat untuk meningkatkan ekonomi bangsa Melayu dan Umat Islam.

The Power of Syukur

Allah sangat sayangkan orang yang sentiasa bersyukur. Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak rezeki datang.

 Bila dapat sakit, kita bersyukur. Bila sihat, bersyukur. Ada duit, bersyukur. Belum ada duit lagi pun bersyukur. Pendek kata, semua yang kita ada, kita dapat, kita rasa, kita mestilah bersyukur. Sebab Allah tidak akan bagi sesuatu perkara terjadi pada kita tanpa sebab yang kukuh.

Setiap yang terjadi pada kita, Allah nak kita sentiasa ingat Dia. :)

The Power of Attraction

Pernah tak, bila kita tengah fikir sesuatu, tetiba benda yang kita fikir tu terjadi. Sebagai contoh, ada suatu masa tu, Rabiatul tengah lapar. Otak memang tak boleh fokus kerja. Masa tu, terlintaslah nak makan cucur. Tetiba, selang beberapa ketika, ada orang ajak pergi makan dan dia nak belanja makan cucur! Hahah, rezeki yang ditolak;)

Sebenarnya, otak kita ni ada gelombang. Setiap kali kita berfikir tentang sesuatu atau tentang seseorang, otak akan hantar apa yang kita fikir tu dalam bentuk gelombang, masuk dalam otak orang tu. Bila kita fikir tentang sesuatu yang buruk-buruk atau berprasangka yang tidak-tidak, otak kita akam tarik yang buruk-buruk dan tidak-tidak. Jadi, yang buruk tu yang datang kat kita.

The Power of Believe

Apa yang kita percaya, itulah yang akan jadi. Ramai orang yang telah berjaya percaya dengan kebolehan diri sendiri walaupun orang lain mempertikaikannya. Percaya pada diri, itulah essence of success.

The Power of Selawat

Syukur sahaja tak cukup kalau kita tak berselawat dan beristighfar setiap hari. Selawatlah keatas Rasulullah saw, kekasih Allah. Allah sayangkan sesiapa sahaja yang sayangkan Rasulullah. Cara nak tunjukkan kasih sayang kita adalah dengan berselawat. Tak kisahlah berapa banyak, lebih baik ada daripada tiada.

Istighfarlah atas semua kesalah kita setiap hari. Istighfar pencuci dosa. Sekurang-kurangnya, insyaallah gugurlah dosa-dosa kecil.


Okeylah. Takat sini dulu. I'm sleepy already. Esok kita sambung lagi. InsyaAllah;)

Till then
:)

No comments:

Post a Comment