13 Sept 2011

Jenjalan di bulan puasa - Bahagian 2

Sambungan dari entri yang tadi...

Disebabkan entri bahagian pertama tu macam dah panjang sangat, jadi buatlah part 2. Sebenarnya cerita pasal Muzium Kesenian Islam Malaysia tu tak habis lagi. Ada lagi part yang tak cite....pasal Palestin. Ada satu bahagian kat dalam muzium tu menceritakan pasal Palestin. Kronologi Negara Palestin dari zaman Rom hinggalah ke masa Palestin dijajah. 

Lagi satu yang menarik ialah alat tulis. Diorang guna papan je nak tulis dan belajar dan baca ayat al-Quran. Diorang akan tulis dan padam sampailah diorang dah hafal ayat-ayat al-Quran. Hebatkan. Apa jadi dengan papan tulis tu bila diorang dah graduate? Cubalah teka.........
Jawapannya : diorang akan tulis mana-mana surah yang diorang suka kat atas papan tulis tu dengan dakwat kekal (macam gambar kat atas ni)...papan tulis tu boleh dianggap sebagai cert diploma diorang la...bagus jugakan cert diorang...kena air pun tak pe...takkan lembik...huhuhu...

Seminggu selepas tu, saya belajar memasak lak. Disebabkan yurannya ditanggung oleh mama, jadi saya ikut jela. Dapat bawa balik makanan tu pas habis kelas. Jadi, apa yang telah saya belajar? Jeng jeng jeng...

CHEESE TART, FRUIT TART, CHOC CHEESE TART


 
inti blueberry

Time ni nak letak cheese




 nie la rupa bila dah masak. cheese tart ni akan jadi kembung sikit tapi bila dah sejuk, dia pun leper je...

 choc cheese tart

 cheese tart yang tak payah masak 2x

 fruit tart


nie lah gambar sume tart tu

SIAP! Masa dah siap tu sangatlah happy. Walaupun tak dapat makan seepas aje buat (bulan pose mana boleh makan!), tapi sangatlah happy sebab berjaya buat bersama 4 orang lagi...hehehe...Malam tu, lepas je berbuka terus je makan benda alah ni...nyum nyum...

No comments:

Post a Comment