13 Sept 2011

Jenjalan di bulan puasa - Bahagian 1

Assalamualaikum, wahai yang membaca....

Hari ni terasa nak letak segala benda yang berlaku sepanjang bulan lepas. Segala aktiviti, segala kisah yang menarik untuk dikongsi. Tapi, terasa malas lak nak menaip panjang-panjang. Jadi......tengok jelah gambar-gambar kat bawah ni kalo nak tahu kemana Kembara Adawiyah Ahmad ni...hehehe....


Cuba teka apa nie??? Inilah kubah terbalik. Ia terletak dalam bangunan Muzium Kesenian Islam Malaysia. Sangat cantik...warna putih (saya suka warna putih!!!). Ini kali ketiga datang muzium ni. Kali pertama dulu masa zaman sekolah. Kedua masa ada event kat Pusat Islam yang dekat masjid negara. Kali ni datang sebab ada event kat Masjid Negara. habis je event tu, papa ajak merayau kat sini. Sebab pukul 2 ptg hari tu, mama ajak shopping kat Jln TAR (shopping raya!!! I like.) Bila dah lama tak datang, time masuk tu terasa jakun jap. Yalah lama tak datang. Banyak yang menarik...Antaranya....

1. Kronologi Dinasti China
I love chinese drama. Terpengaruh dengan mama. Sebab mama pun suka tengok masa kecik-kecik dulu. Bila anak dara dia dah besar, kitorang pula yang ambil alih. Mama lak turn to Indonesian drama - sinetron.

2. Al-Quran - tulis pakai tangan ni. Sangat cantik. Sebab ada emas kat border dia...1 juzuk 1 buku. jadi silalah kira. cukup tak?

3. Kronologi dinasti kat India. Disebabkan saya sangatlah suka dengan sejarah zaman dahulu kala, snap jelah poster nie, buat bacaan di masa bosan. untuk tambah ilmu yang cetek ni.

4. Yang ni zaman Melayu punye. Macam dah belajar sejarah pula. Ingat lagi masa belajar sejarah masa Form 1 and Form 2. Sungguh-sungguh menghafal. Yang cikgu tak ajar pun nak tahu juga. Kalau dah minat sejarah zaman dahulu kala, macam nilah jadinya.

5. Peta. 

6. Dalam muzium ni banyak sangat kubah. Sume warna putih. Cantik!

6. Ini salah satu jenis pakaian zaman dahulu yang ditayangkan kepada umum. I like that jubah. Sangat cantik. sampai terfikir satu hari nanti nak buat jubah macam nie. hehehe...

7. 3 gambar kat bawah ni menunjukkan perkembangan Islam kat dunia pada masa dulu. 
 Spread of Islam

 Kronologi Dinasti-dinasti Islam

8. Jenis-jenis Kaligrafi.
Ada 6 jenis semuanya : Thuluth, Naskh, Muhaqqaq, Raihan, Tawqi' dan Riqa'.

9. Kiswah - kain yang digunakan untuk tutup dinding-dinding Kaabah. Yang ditunjukkan di muzium ini digunakan pada tahun 1964M dan dikenali sebagai Sitara.

10. Replika senibina Islam yang terkenal.
 
Sesuai sangatlah dengan bulan pose...jenjalan pun ke Muzium Kesenian Islam Malaysia. Bagi yang berada di sekitar KL tu, pakatlah ramai-ramai ke sini. Banyak ilmu tambahan. Setakat kena bayar RM12 (tapi time tu orang kat kaunter suh bayar rm10 je...maybe diskaun tuk bulan pose kot)apalah sangat kalau nak dibandingkan tiket wayang kita sebulan...ye tak?

No comments:

Post a Comment