19 Dec 2012

BBQ...

Assalammualaikum and good morning, everyone! 
Dah lama betul la tak menulis kat blog sini. Kesian betul my blog, disisihkan. Tapi hari ini, ada  benda nak share kat sesiapa yang singgah dan baca blog, one story yang buatkan tekak ni rasa nak muntah dan sekarang ni perut pun join buat hal jugak.  
Sesiapa yang kenal siapa diri ini, mestilah tahu macam mana I travel to work everyday. Dari rumah, naik LRT, lepas tu KTM dan akhirnya naik bas ataupun taxi. Dan hari ini, memang naik taxi, sebab keluar je dari KTM, dari jauh dah ternampak seorang pakcik yang memang dah biasa naik pun dengan dia. Kalau nampak dia, memang tak pandanglah taxi lain. Nama pak cik ni, Abd Kahar. Baik orangnya, suka ajak borak.  
Nak dijadikan cerita, Pak cik ni pergi PD minggu lepas. Vacation dengan big family. Sewa satu tempat dan kongsi dengan 3 buah family yang lain. So, dah jimat sikit pasal tempat tinggal. I pun selalu buat macam tu jugak kalau petgi melancong. Memang jimat. Lepas tu barang barang dapur dan dapur kecik dari rumah. Masak je kat situ. Jimat lagi. Makanan pun confirm habis sebab banyak mulut. Selalunya kalau I pergi mana-mana, malam tu mesti buat BBQ. Dah nama bercuti dekat dengan pantai, macam tak logik pula kalau tak buat. Pakcik ni pun buat. Bakar bakar ayam di tepi pantai.Tapi pak cik ni bawa tempat pembakar dengan arang sendiri. Bagus betul. Selalunya, I sewa je. Malas nak bawa banyak barang. Yalah, kalau dah share ramai-ramai dalam sebuah rumah, mesti kena bawa toto, dan bantal dari rumah. Dah penuh bonet. Belum lagi campur dengan periuk nasi, seterika, makanan nak dimasak, keropok lagi. Banyak tu, kalau campur dengan beg baju-seorang satu, memang perlukan bonet yang besar la. Jadi, selalunya I memang tak bawalah tempat pembakar tu. Tak muat nak sumbat dah. Pak cik ni memang teror la. Semuanya diangkut bersama.  
Sambung balik cerita tadi. Nak cerita pasal bbq, tapi dah melalut masuk pasal barang dan bonet pula. Selepas ada beberapa salah faham dengan orang lain yang turut menyewa tempat pembakar kat situ, masalah kecil je, tak perlulah nak cerita kat sini kan, nanti panjang sangat pula. Pak cik ni dan ahli keluarganya yang lain pun start la membakar secara bergilir-gilir. Anak pak cik merayau-rayau la kat sepanjang pantai tu sementara nak tunggu turn nya. Anak pak cik ni tak pergi jauh pun, beberapa ratus meter je dari tempat diorang ni. Dan anak pak cik ni tak pergi lama pun, kejap je. Bila anak pak cik ni patah balik ke tempat pak cik ni, terus dia buka cerita, yang ada cina yang buat bbq berdekatan dengan pokok besar sebelah sana tengah buat BABI BBQ. Binatang tu tak dipotong pun, diletak seekor dengan kaki terkangkang di atas tempat pembakar yang disewa di situ. Pergh :-[  
Pak cik tu pun sambung lagi. "Lain kali bawa dawai tempat bakar sendiri jelah kalau nak guna tempat bbq tu. Sebab tempat bakar tu memang dia dah bina kat situ, tak boleh dialihkan pun. Yang bertukar hanya dawai."  Tapi pak cik tu kata, tempat tu tukar pun dawai tempat makanan dibakar tu. Dia simpan balik lepas guna. Lepas senyap sekejap, mungkin dia tengah berfikir kot, dia pun sambung, "Lebih baik la bawa tempat pembakar sendiri, murah je pun nak beli. Arang pun senang nak dapat. Sebabnya, bila kita buat bbq ni, minyak-minyak dari makanan tu jatuh ke atas arang dan tempat pembakar. Jadi, tempat pembakar yang guna untuk bakar babi tadi tetap tak boleh guna. Najis tu. Bila bawa sendiri ni, hati pun tenang, makanan tu pun halal. Serik dah pak cik nak guna tempat pembakar kat kawasan peranginan ni."  
End of the story.
Kesimpulannya, lepas ni, lebih afdal bawa tempat pembakar sendiri kalau pergi tempat yang semua orang boleh masuk dan sewa. Kalau office punya chalet tu, lain ceritalah, in sha allah selamat lagi nak guna. Kalau was-was juga, bawa sendiri jela, duit pun jimat. Mulut pun seronok je nak makan, makan dan  makan.
Okeylah, mode kerja pun dah sampai, perut pun tak meragam dah, rasa nak muntah pun dah hilang. Jom sambung kerja ♡♡♡
P/s ::: sorry for super long entry. Mesti penat nak baca. Apa-apa pun, thanks for reading. Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment