24 Oct 2012

Old Stories

Assalammualaikum...
Hari ini ME nak buat 4 cerita lama...bukan lama mana pun...stories minggu lepas campur beberapa hari lepas je....boleh tak??? Kalo orang yang baca kata tak pun, nak buat jugak...huhuhu...

#Cerita 1#
Vitato

Apalah benda alah kat atas ni ye. Nama bombastic sungguh. Masa dengar masa masuk keja dulu, siap tanya balik apa tu. Rupa-rupanya adik beradik keledek.
 Vitato

Disebabkan tanam dalam polibag, jadi vitato ni macam terbantut sikit. Saiz yang pailin besar pun setakat sebesar penumbuk adik ME yang bongsu tu. Tapi rasanya manis sangat. Mama siap letak dalam Masak Lemak Pucuk Manis lagi. Sodapnyeeee.

 Masak Lemak Pucuk Manis yang dah letak atas pinggan. Oren gila keledek ni.

 Dalam bubur cha cha pun letak gak. Sampai jadi orange pink kuah bubur ni. Yang kecik-kecik warna kuning tu jagung. Sampai licin periuk kitorang adik-beradik hentam.

P/S ::: 1st time jumpa sebenarnya masa MAHA 2010. Tapi masa tu pandang sebelah mata je. Sebab dah penat sangat.  Menjelajah tempat lain and tempat pameran yang vitato ni ada pun tempat terakhir singgah. Kalau tahu dulu sedap diamacam ni, mahunya dah cilok masuk beg.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 #Cerita 2#
50% diskaun

Hari Isnin lepas, telah bermulanya pengedaran Kad Komuter 1Malaysia. Jadi, ME pun pergilah KL Setral lepas balik dari kerja semata-mata nak dapatkan kad ni je. lagipun bukan kena bayar mahal pun nak dapatkan kad ni. RM1 je. Aiskrim McD yang kon tu pun mahal sikit lagi dari kad ni. RM1.05. Jadi, daripada beli aiskrim baiklah dapatkan kad ni. Itupun ME terasa nak beli aiskrim lepas pergi ambil kad ni, nasib baik line panjang a.k.a ramai orang beli dan line nak ambil kad pun tak sepanjang tu, terus batalkan niat. Huhuhu.

Syarat nak dapatkan pun simple je:
1) Rakyat Malaysia
2) Gaji  RM3,000 sebulan dan ke bawah
3) Salinan IC

Daftar secara online boleh - then print form yang telah diisi secara online tu. Kalau rajin lagi, download borang dia kat laman web KTM, then isi. Kalau malas, minta je kat kaunter tiket KTM. Mesti diorang bagi punyalah

Lepas tu, bawa borang yang telah lengkap diisi tadi berserta salinan IC ke tempat-tempat terpilih. For ME, tempat paling senang KL Sentral la. Naik escalator ke Tingkat 1 terus je belok kiri. Kaunter dia ada dekat kawasan tempat menunggu train, depan kedai buku.

Nanti sampai sana, ada orang checkkan borang tu lengkap ke tak. kalau lengkap, dia akan minta bayaran RM1 then tulis nama dan IC kat belakang kad tu depan dia. dapatlah kad tu. Kad kad tu ada no siri kat belakang dia. So, bolehlah guna bermula 1 Nov ni sampai 31 Oktober tahun depan.


P/S :: Bolehlah ME pakai pas mingguan dengan potongan 50% lepas ni. Heaven nye.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 #Cerita 3#
Extremist Chocolate

Minggu lepas, semua penyelidik kat tempat ME kerja ni gi kursus kat Langkawi. Jadi, bila mereka ni masuk balik kerja hari Isnin lepas, ME dapatlah coklat dari my boss. Wah, suka sangat. Peminat setia coklat lah katakan. 

Semua orang yang pergi sana akan bawa balik coklat selain dari pinggan mangkuk. Duty Free. Siapa yang tak nak shopping kan. Thank you, Dr. Mazidah dan Kak Hanisa. Kalau pergi sana lagi, jangan lupa belikan coklat lagi. huhuhu. Meminta-minta sungguh:)


P/s:::teringat masa kecik2 dulu, atuk suka beli koko jelly. Sampai satu balang. lepas tu dia sorok dalam almari dekat dengan meja mengaji dia. Bila dia teringat, dia bagilah. Kalau tak, coklat tu pun habis gak, sebab dia lagilah suka makan coklat berbanding cucu dia ni ha. Ada satu word yang macam sesuai dengan Atuk : Extremist Choclate!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#CERITA 4#
DAISO

Dalam 2 hari lepas, ME ada post pasal DAISO. Dan semalam sebelum balik kerja mama mesej
Nanti mama nak gi JJ. Nak ikut tak?
 Tak fikir panjang pun, terus je cakap nak. Nak jadikan cerita, sampai je AEON TAMAN MALURI tu, dan lepas mama bayar bil kat pejabat pos, terus je ajak mama gi kedai baru bukak tu
ME : Ma, jom pergi kedai baru buka tu kejap
MAMA : [blur face]
ME : jomlah. kejap je.
MAMA : hmmm...
 Sampai je depan kedai tu, sebelah MPH, terus je masuk. Tapi agak kecewa sikit la, barangan tak banyak pun macam kat MID VALLEY tu. Ada yang ME nak tu tak ada.
MAMA : mana tahu ada kedai ni
ME : tengok kat internet 
(padahal ME yang beria cari kat internet tu)
selepas beberapa ketika
MAMA : berapa harga barang ni? tak ada harga pun
ME : 5 ringgit
MAMA : semua 5 ringgit
ME : [angguk kepala je...sebab tengah fokus cari barang lain lak]  
 dan tetiba mama terjumpa sarung tangan yang kait 
yang guna masa musim sejuk tu
MAMA : Kenapa Along tak cakap ada kedai ni awal2. Murah je nak beli sarung tangan untuk adaik dengan kakak. Lagi cantik dari hari tu punya.
ME : Erk???
MAMA : Nanti mama nak cakap dengan kawan mama. Ni ada sarung tangan kecil. Boleh beli untuk anak dia.  
Kan ME dah cakap...nak shopping kena ajak mama. baru best. Sebelum keluar kedai tu, mama bayar tikar nak buat sushi tu dengan ada satu lagi barang yang dah lupa apa namanya. Dan yang pasti, tikar buat sushi tu untuk ME. Sebab kat rumah tu, yang makan sushi ME dan PAPA je.Dan yang kena buat pun ME jugak.

Nak dijadikan cerita, lepas shopping barang dapur, baru teringat yang ME ada kelas agama pukul 8.15pm. dan masa tu dah 7.30pm. Lepas je makan, terus balik rumah naik taxi. Nak naik LRT jauh sangat. Sampai je rumah, terus capai beg gi kelas agama lak. Sebab masa tu dah 8.20pm. Nasib baik masa sampai tu kelas tak penuh lagi dan ustaz pun baru nak start ajar.

Ps ::: Memang masa tahu ada DAISO kat situ, berharap sangat-sangat yang ada masa nak gi sana dengan mama. Allah s.w.t kabulkan time ni juga. Alhamdulillah. Syukur. :) TAPI sebab niat pun tak berapa nak betul, ALLAH bagi lintasan pasal kelas agama tu di saat-saat akhir. Tak pasal-pasal  mama bising. :(

Pss ::: Mama dah lah macam leader dalam kalangan kawan2 mama. Apa mama cakap mesti diorang dengar dan buat. Apa mama join mesti nak join sekali. Lepas ni DAISO tu femes la dekat kawan-kawan mama. Dengan adik2 pun ME tak bagitahu lagi 





  

No comments:

Post a Comment