Syaitan nie memang ada banyak strategi untuk menyesatkan anak cucu Adam. Berikut adalah cara-cara syaitan menghasut dalam usaha memastikan wanita membuka auratnya kepada umum...
1. Menghilangkan hijab (penutup)
Perubahan
 zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan 
semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan 
berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar 
hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa 
sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak 
semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya
 bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar 
berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi 
yang lebih licik seperti di bawah.
2. Membuka bahagian tangan
Aurat
 wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya 
menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil 
kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, "Tak mengapa jika 
memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung." Di pasaran pula 
banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang 
terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa
 pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan 
berbisik lagi, "Tidak mengapa kan..?"
3. Membuka leher dan dada
Setelah
 menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan 
berbisik, "Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada fesyen baru yang
 merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit saja agar kamu 
tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja." Wanita itupun 
memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang 
nampak lagi bahagian dadanya.
4. Berpakaian tetapi bertelanjang
Tidak
 cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan 
berbisik, "Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai. Sekarang 
ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh kamu 
tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab 
potongan baju ini masih panjang." Maka wanita ini pun memakai baju 
berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai 
semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi 
sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
5. Membuka sedikit
Setelah
 memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik, 
"Susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun terasa 
terbatasi. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut. 
Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan 
sedikit saja yang penting kamu selesa." Maka dipakailah pakaian wanita 
yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam 
bergerak.
6. Membuka telapak kaki dan tumit
Syaitan
 berbisik lagi, "Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini 
masih bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga 
di atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk 
memudahkan kamu berjalan." Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan
 memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.
7. Membuka separuh betis
Sekarang,
 wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih 
kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi, "Fesyen 
kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata kamu cuba 
fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt. Tak perlu
 beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja." Sekarang ni syaitan 
sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan 
tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.
8. Membuka seluruh betis
Wanita
 ada terfikir, "Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan
 wanita zaman nabi dulu?" Syaitan pula menggunakan muslihat dengan 
mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, "Ahh!! Tidak..
 Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak suka kalau perempuan 
menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka. Yang 
seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit. Di
 pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis. 
Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman." Maka pakailah wanita
 tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.
9. Serba mini
Setelah
 pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi 
syaitan menghasut, "Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang 
seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih 
seksi dan menawan." Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan 
skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan 
seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, 
merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk
 berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan 
sebagainya.
10. Hampir semua terbuka
Muncul
 pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan 
berbisik, "Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu. 
Kamu tak perlu malu." Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini 
yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria 
terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya 
sudah tidak diendahkan lagi.