22 Oct 2012

DAISO

Assalammualaikum, semua...
Morning...

Kalau baca tajuk kat atas tu, mesti semua orang kenal
Dah terbayang kat minda tu 
Semua barangan yang murah, dan comel2 belaka
Betul tak???

Selalunya pergi Daiso ni
Kat Mines je
Tu pun Kak Aed yang kenalkan

Tapi susah nak gi sana
Tak ada transport sendiri
Kalo nak gi kena tumpang Kak Wawa lah
Itu pun kalau dia ada benda nak buat kat sana

Tetiba terbaca satu blog ni
Dia beli barangan kat DAISO KL je
Baru terfikir.............
Kenapa tak cari outlet DAISO kat KL ye selama nie
hish hish hish
tak terlintas langsung
mungkin ALLAh nak ME jimatkan duit kot
yelah, bila dah masuk sana
sampai lupa daratan sungguh 
duit tak cukup pun nak gak

Lepas meminta khidmat MR.GOOGLE
Kat mana outlet DAISO kat KL ni
Alahai dekat je pun
Setakat PAVILION dengan SUNGEI WANG PLAZA
bukan jauh sangat pun
hish hish hish
tulah...malas sangat nak guna MR. GOOGLE ni

Lepas tu
terjumpa lokasi outlet yang lagi dekat dengan rumah


JUSCO @ AEON TAMAN MALURI !!!!!!!
Oh tidak
Habislah duit lepas ni
Asyik nak shopping je nanti
Dahlah ME suka benda yang kecil2 dan kiut miut ni

Lepas tu diwar-warkan ada lebih 90,000 produk
bertambah gilalah ME shopping lepas ni...
Kena gi shopping dengan MAMA nie
Lepas tu bodek MAMA ambil itu ini
Lepas tu MAMA bayar
HaHaHah!!!!!
gelak jahat je...
tengoklah nanti siapa yang bayar siapa yang guna
tapi selalunya bila bab barang dapur ni
MAMA tak lokek pun
Ada harapan tak duit tersimpan rapi je dalam wallet tu???
Kita tunggu dan lihat ye...

Tak tahu bila jejak sana....
huhuhu.....
Hopefully, nanti MAMA mesej cakap nak shopping barang dapur kat JUSCO MALURI...
pray.......pray.....and pray

P/S ::: Setakat gi MR. D.I.Y dekat PANDAN KAPITAL pun dah gila tengok barang yang dipamerkan...ni pula DAISO...Tolonglah jangan buka outlet yang dekat dengan rumah...Entah bila ME nak berjimat-cermat...

18 Oct 2012

Kun Faaya Kun


“Allah has already written the names of your spouses for you.
What you need to work on is your relationship with Allaah.
He will send her/him to you when you’re ready.
It is only a matter of time.”

~ Shaikh Mamdouh

10 Oct 2012

Art work in the Science Lab

Assalammualaikum...

 Disebabkan baru je lepas makan
The BIG 'M' is coming
'MALAS'
so, tengok dan tafsir sendirilah

1st art work
>> Tempat letak Stick-it note & Memo Cube <<





2nd artwork
>> Kotak untuk letak alat tulis <<






3rd art work
- not mine but lab-mate's work -

3 Oct 2012

Makanan yang mengeraskan lidah?

Assalammualaikum, semua...
MORNING!!!!
 
Nak cerita sikit...
Last night kan, ada kelas mengaji dengan Ustaz Zul
[nanti mesti ada mulut yang tak berinsurans tu cakap, umur dah tua baru nak belajar ngaji ke??? Huh ada ku kisah... yang ngaji tu ME not YOU]
sampai satu part 
hampir the whole class susah nak lembutkan lidah
[tak ingatlah huruf apa yang berbelit lidah tu, banyak sangat rasanya]
then dia pun cakap 
"jangan makan makanan yang boleh mengeraskan lidah...
nanti sebutan kita tak betul...
bila sebutan tak batul...
maka maksud ayat tu pun jadi lain"

Masa tu baru tahu yang ada makanan yang boleh mengeraskan lidah...
ingatkan lidah pendek or terlebih panjang je
buat sebutan tu tak betul
rupanya makanan pun boleh jadi punca
 
Dan ada 2 makanan yang dia ingat
Dan dua-dua tu saya SANGAT SANGAT SANGAT SUKA  makan

Apa dia????

MAKANAN YANG MASAM
terus teringat
baru je tengah hari tu makan mangga muda
semalam pun

oh tidak!!!!!
dah lah sangat sangat sangat suka makan mangga muda...


terutama sekali kerabu mangga
sedapnyeeeeee


lepas ni kena kurangkan kuantitinya...
OR tak payah makan langsung...
tapi macam susah je nak apply yang no.2 tu
huhuhu

KACANG PANJANG
dah la kacang panjang ni ranggup dan manis
sedapnya...
teringat masa kat matrix dulu
ada roommate ni
memang tak makan langsung kacang panjang
padahal lauk sayur tu dia siap bawa dari rumah lagi
jadi yang tukang habiskan tu - ME
patutlah dia ngaji sedap je
ME ngaji tak best dengar
huhuhu

nak dekat habis kelas tu
ustaz tu suruh tanya MR. GOOGLE
apa lagi makanan yang boleh mengeraskan lidah
malasnya nak cari
tapi kan
kalau readers tahu lagi senang
boleh lah share dengan saya 
kan kan kan
SHARING IS CARING
betul tak?

Ok la 
sampai sini je ceritanya
kita jumpa lagi nanti
InsyaAllah

Assalammualaikum...

P/S :: minggu lepas kelas dengan ustazah...selalunya sebelum kelas start dia akan bagi mukadimah...dia cakap 'Rasulullah s.a.w sangat suka dengan orang yang bersin tapi syaitan sangat suka dengan orang yang menguap.' Then, dia anjurkan kalau menguap tu tutup dengan BELAKANG TANGAN. Selama ni main hentam je nak tutup mulut pakai belah mana. Jadi, lepas ni kena praktis la. Asal menguap je, guna belakang tangan.

28 Aug 2012

Tahniah Ustaz Don dan Husna

Salam semua


Masa tengok gambar nie (Ustaz Don Daniyal & Husna), sweet je...
Nanti kalo kawen nak macam nie jugak la...
Sang suami letak tangan dia kat ubun-ubun kita
lepas tu baca doa nie

 
Maksudnya:
" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya"
(Riwayat Abu Daud)

-kredit to this blogger-

Kemudian, perkara kedua ialah solat sunat sama-sama macam Ust Don dan isterinya buat.
Selalu kita nampak sang suami buat sorang2.
Apa salahnya kalau buat sama-sama..
Nie kan dikira solat berjemaah yang pertama sebagai suami isteri...kan3x...


 Walau apapun, both of them sangat-sangat sweet
And saya, Rabiatul Adawiyah mendoakan supaya
Perkahwinan Ustaz Don dan Husna dilimpahi cahaya-Nya
dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah

p/s:::To my labmates, I miss you all. Dah lama tak masuk lab, rasa semacam je. 
Doakan saya cepat sembuh ye...
dah bosan duk rumah nie....