Showing posts with label Hadith of the day. Show all posts
Showing posts with label Hadith of the day. Show all posts

9 Sept 2013

Night Prayer

Assalamualaikum,

Dah bersedekah pada sendi-sendi anda ke?
Apa tu?
Solat Dhuha lah. Jangan ditinggal tao.
Tu salah satu cara jemput rezeki cara halus
Tanpa pakai bomoh pawang dan seangkatan dengannya.

So, apa kaitan dengan solat malam.
Ntah la
;p

Cuma malam tadi, bukalah REFLECTION
kat TVAlhijrah tu
dia cerita pasal surah yang bermaksud DAY & NIGHT
ayat first dah cerita pasal bangun malam

Okey
Dah kena batang hidung sendiri
sebab dah berkurun tinggal tak buat
Tanpa sebab kukuh lak tu!
Adush
Memanglah terasa:(

Pagi ni pula
Checklah email
rutin setiap pagi yang tak boleh nak tinggal
tekan satu satu 
bacalah setiap satu email tu

Tetiba.....
Dapat email dari Hadith of the Day
pasal NIGHT PRAYER!

Reported by Al-Mughirah bin Shu'bah: The Prophet (peace be upon him) used to perform night prayers until his feet became swollen. Somebody said to him: “You bear so much while Allah has forgiven your past and future sins.” He (peace be upon him) said: “Should not I be a grateful servant of Allah?”
(Bukhari and Muslim)
Allah,
terasa bertambah-tambah
Memang aku jenis tak bersyukur ke?
Nauzubillah min zalik

Sedangkan Nabi yang maksum pun buat Solat Malam
sampai Aisyah, isteri Rasulullah pun tanya juga
tapi
Rasulullah kata dia nak zahirkan rasa syukur kepada Allah

Allah takkan gerakkan tangan aku untuk tekan TV Al-Hijrah malam tadi tanpa sebab
Allah takkan buat aku duduk keruasi paling dekat dengan TV tanpa sebab
Allah takkan aku dengar Imam Schuib Webb tu cakap tanpa sebab
Allah takkan buat email Hadith of the Day muncul kat Gmail aku tanpa sebab
Semuanya mesti ada sebab yang kukuh dan jelas

Allah rindukan aku
Mungkin sebab aku dah lama sangat tak jumpa Dia malam-malam
Lama dah Dia tunggu aku dating dengan Dia
Lama dah Dia tunggu aku menangis, meminta dan merayu
Lama sangat aku tak buat

Tu yang Allah bagi peringatan sampai 2x
Bukan Allah yang menzalimi hambaNya
tapi HambaNya ini yang menzalimi dirinya sendiri



24 Oct 2012

Zulhijjah

Assalammualaikum...
Saya bukan budak yang sangat pandai bila bercakap bab agama. Ini hanyalah perkongsian ilmu dari saya. Peringatan untuk diri saya juga. Jika tak pasti tentang sesuatu perkara, bertanyalah dengan orang yang pakar. Dan jika ada salah dan silap di sini, harap dapatlah dimaklumkan.
Bila dengar tentang Zulhijjah, terus terlintas kat fikiran kita ni ialah

1) Musim Haji 
"Labbaik Allahumma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal Hamdah Wan-Nematah Laka wal Mulk La Shareeka Laka."

Here I am at Your service O Lord (anwering Your call), here I am. Here I am at Your service and You have no partners. Yours alone is All Praise and All Bounty, and Yours alone is The Sovereignty. You have no partners.


2)Ibadah Qurban i.e sembelihan, 
3) Hari Raya AidilAdha
yang jatuh pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012
4) Puasa pada 1-9 Zulhijjah bagi yang tidak menunaikan haji. 
 
Dan bila sebut je tentang puasa, 
esok (Khamis, 25 Oktober 2012) dah masuk pun 9 Zulhijjah
Hari Arafah. 
The Day of Arafah [i.e. 9th Dhu'l-Hijjah] ●► It is the day on which the religion was perfected and Allah’s Favor was completed.

“This day I have perfected your religion for you, completed My favor upon you, and have chosen for you Islam as your religion.” [The QurĂ¡n, al-Ma’idah 5:3 – interpretation of the meaning]. 
Antara hari yang digalakkan berpuasa.
Dan hari yang terbaik untuk berpuasa 
Kerana kelebihannya yang sangat sangat sangat besar. 
Apa kelebihannya? 
Berpuasa pada 9 Zulhijjah i.e Hari Arafah akan menghapuskan dosa tahun sebelumnya dan tahun kemudiannya.
Jomlah kita grab kelebihan yang Allah janjikan ini.
InsyaAllah


Dan penuhilah masa-masa terluang kita denga memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
InsyaAllah. 


PS ::: Sekejap sangat masa berlalu. Rasanya baru sahaja Kelmarin kita berpuasa, semalam kita berhari raya Aidilfitri, dan hari ini dah masuk 8 Zulhijjah!
Source of pictures : Facebook
Source of Info : ILoveAllaah.com website, Zaharuddin.net

25 May 2012

Senyum...






Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...