10 Oct 2012

Art work in the Science Lab

Assalammualaikum...

 Disebabkan baru je lepas makan
The BIG 'M' is coming
'MALAS'
so, tengok dan tafsir sendirilah

1st art work
>> Tempat letak Stick-it note & Memo Cube <<





2nd artwork
>> Kotak untuk letak alat tulis <<






3rd art work
- not mine but lab-mate's work -

3 Oct 2012

Makanan yang mengeraskan lidah?

Assalammualaikum, semua...
MORNING!!!!
 
Nak cerita sikit...
Last night kan, ada kelas mengaji dengan Ustaz Zul
[nanti mesti ada mulut yang tak berinsurans tu cakap, umur dah tua baru nak belajar ngaji ke??? Huh ada ku kisah... yang ngaji tu ME not YOU]
sampai satu part 
hampir the whole class susah nak lembutkan lidah
[tak ingatlah huruf apa yang berbelit lidah tu, banyak sangat rasanya]
then dia pun cakap 
"jangan makan makanan yang boleh mengeraskan lidah...
nanti sebutan kita tak betul...
bila sebutan tak batul...
maka maksud ayat tu pun jadi lain"

Masa tu baru tahu yang ada makanan yang boleh mengeraskan lidah...
ingatkan lidah pendek or terlebih panjang je
buat sebutan tu tak betul
rupanya makanan pun boleh jadi punca
 
Dan ada 2 makanan yang dia ingat
Dan dua-dua tu saya SANGAT SANGAT SANGAT SUKA  makan

Apa dia????

MAKANAN YANG MASAM
terus teringat
baru je tengah hari tu makan mangga muda
semalam pun

oh tidak!!!!!
dah lah sangat sangat sangat suka makan mangga muda...


terutama sekali kerabu mangga
sedapnyeeeeee


lepas ni kena kurangkan kuantitinya...
OR tak payah makan langsung...
tapi macam susah je nak apply yang no.2 tu
huhuhu

KACANG PANJANG
dah la kacang panjang ni ranggup dan manis
sedapnya...
teringat masa kat matrix dulu
ada roommate ni
memang tak makan langsung kacang panjang
padahal lauk sayur tu dia siap bawa dari rumah lagi
jadi yang tukang habiskan tu - ME
patutlah dia ngaji sedap je
ME ngaji tak best dengar
huhuhu

nak dekat habis kelas tu
ustaz tu suruh tanya MR. GOOGLE
apa lagi makanan yang boleh mengeraskan lidah
malasnya nak cari
tapi kan
kalau readers tahu lagi senang
boleh lah share dengan saya 
kan kan kan
SHARING IS CARING
betul tak?

Ok la 
sampai sini je ceritanya
kita jumpa lagi nanti
InsyaAllah

Assalammualaikum...

P/S :: minggu lepas kelas dengan ustazah...selalunya sebelum kelas start dia akan bagi mukadimah...dia cakap 'Rasulullah s.a.w sangat suka dengan orang yang bersin tapi syaitan sangat suka dengan orang yang menguap.' Then, dia anjurkan kalau menguap tu tutup dengan BELAKANG TANGAN. Selama ni main hentam je nak tutup mulut pakai belah mana. Jadi, lepas ni kena praktis la. Asal menguap je, guna belakang tangan.

28 Aug 2012

Tahniah Ustaz Don dan Husna

Salam semua


Masa tengok gambar nie (Ustaz Don Daniyal & Husna), sweet je...
Nanti kalo kawen nak macam nie jugak la...
Sang suami letak tangan dia kat ubun-ubun kita
lepas tu baca doa nie

 
Maksudnya:
" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya"
(Riwayat Abu Daud)

-kredit to this blogger-

Kemudian, perkara kedua ialah solat sunat sama-sama macam Ust Don dan isterinya buat.
Selalu kita nampak sang suami buat sorang2.
Apa salahnya kalau buat sama-sama..
Nie kan dikira solat berjemaah yang pertama sebagai suami isteri...kan3x...


 Walau apapun, both of them sangat-sangat sweet
And saya, Rabiatul Adawiyah mendoakan supaya
Perkahwinan Ustaz Don dan Husna dilimpahi cahaya-Nya
dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah

p/s:::To my labmates, I miss you all. Dah lama tak masuk lab, rasa semacam je. 
Doakan saya cepat sembuh ye...
dah bosan duk rumah nie....

19 Aug 2012

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA
MAAFKAN SAYA YE JIKA
ADA TERSALAH DAN TERSILAP KATA
TERKASAR BAHASA
TERHUTANG APA-APA (KIRA HALAL LA YE...HEHEHE)


JANGAN LUPA SOLAT HARI RAYA
JANGAN LUPA TUNAIKAN ZAKAT FITRAH TU
JANGAN LUPA BERSEDEKAH DI PAGI RAYA YE
(DALAM PERJALANANMASUK & KELUAR MASJID TU KAN ADA ORANG YANG MEMERLUKAN...BETUL TAK???)

JANGAN LUPA JUGA BERSALAMAN SESAMA KELUARGA
MAAFKAN AJELAH SEMUA SALAH, SILAP, DIORANG TU
WALAUPUN DIORANG TU TAK MINTA
KAN MEMBERI KEMAAFAN TU LAGI MULIA DARI MEMINTA MAAF
MOGA HATI KITA BERTAMBAH TENANG
DAN
DIRI BERTAMBAH CERIA DI PAGI RAYA

YANG MAK PERGI BERAYA 
LEPAS SOLAT RAYA TU
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG

P/S: DISEBABKAN DAH KERJA TAHUN NIE, KENALAH MEMBERI DUIT RAYA KEPADA KANAK-KANAK. KAN MENJADI SUNNAH RASULULLAH DI HARI RAYA UNTUK MENGEMBIRAKAN HATI KANAK-KANAK.
 SAPE NAK DUIT RAYA???
SILA BERATUR YE...
HUHUHU....

~ THANK YOU KAK LIN & KAK WAWA UNTUK DUIT RAYA. UNTUNG BETUL JADI ADIK BONGSU NIE. HEHEHE...~

17 Aug 2012

Majlis Khatam Quran Bahagian 1

Assalammualaikum semua...

Pada hari Selasa yang lepas
bersamaan dengan 14 Ogos 2012 | 25 Ramadhan 1433 H
telah berlangsungnya
Majlis Khatam Al-Quran.
(wah, intro macam dalam melodi je)


 Semasa sampai ke tempat yang dituju...
benda pertama yang dibuat selepas turun dari kereta Wish Kak Sam
ialah
Photography session!!!

wajah-wajah empunya diri yang terlibat
semua berjubah seperti yang Kak Hanisa rancangkan...

Kak Sam, me, Kak Wawa, Kak Aed, Kak Ju, Kak Engku, Kak Hanisa

and lastly Kak Ila (yang bertudung merah)

show off beg baru beli...hehehe...

Ingin tahu
Siapa dan apa yang ada di dalam?
Air Mineral yang bakal bertukar menjadi air bacaan 30 juzuk Al-Quran
dan
warga Mardi dari bahagian lain

dan
tidak ketinggalan
Pak Cik VideoMan
as our 'bodyguard' and 'hero' inside here
as our 'guardian' too
huhuhu

~Will be Continue~